Tuesday, October 28, 2008

Kemenangan PR & Rakyat - BN Batalkan Pembelian helicopter

Pakatan Rakyat menyambut baik pengumuman Kerajaan BN membatalkan pembelian helicopter yang bernilai RM2.3billion dari Eurocopter Cougar !

Ini adalah hasil desakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang membongkar pembelian yang disifatkan 'tidak berjiwa rakyat' dan berunsurkan rasuah !

Berikutan pembatalan itu, rakyatlah yang sebenarnya menang.

Tahniah buat seluruh pemimpin Pakatan Rakyat yang memperjuangkan nasib rakyat agar tidak ditindas di kala kemelesetan ekonomi global !

Syabas diucapkan kepada para pemimpin PR yang berjiwa rakyat !

Thursday, October 23, 2008

Laporan Buletin Utama TV3 Tidak Sahih

Kenyataan Akhbar Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah pada 23 Oktober 2008.

Kepada:Semua Ketua BiroMedia cetak/eletronik

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

KENYATAAN AKHBAR

Saya amat bersimpati dengan siaran TV3 melalui Buletin Utama bertarikh 22 Oktober mengenai berita banjir di Kedah kerana pemberitanya gagal mendapatkan sumber yang tepat untuk dijadikan bahan berita.

Jika berita yang tidak tepat disiarkan, maka berita itu adalah sesuatu yang boleh digolongkan sebagai:

1. Berita berniat jahat untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri Kedah
2. Berita yang berunsur memburukkan tokoh atau individu tertentu.
3. Atau ia hanyalah imiginasi atau angan-angan pemberita tersebut.

Kerajaan Negeri melalui Pejabat YAB Menteri Besar sejak 21 Oktober telah memulakan lawatan serta menyampaikan sumbangan di Kuala Nerang dan Dun Anak Bukit khususnya.

Pada 22 Oktober, Setiausaha Politik YAB Menteri Besar, Encik Mohd. Sanusi Md. Nor telah melawat serta menyampaikan sumbangan seperti beras, gula, minyak masak, lampin pakai buang bayi, tuala wanita, biskut dan beberapa keperluan lain di empat penempatan mangsa banjir di Dun Anak Bukit, sebuah di Bukit Pinang dan tiga penempatan di Dun Guar Chempedak.
Selain itu, lawatan dan sumbangan juga dibuat oleh Exco Kebajikan dan Wanita Kerajaan Negeri Kedah, Ustazah Siti Aishah Ghazali di Parlimen Padang Terap dan Pokok Sena.

Exco Kesihatan, Penerangan dan NGO, Dr, Ismail Salleh mengadakan lawatan dan sumbangan di sekitar Alor Mengkudu dan Adun Kubang Rotan, Encik Mohd. Nasir Mustafa atas sifat beliau selaku Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah sentiasa memantau perkembangan banjir di Dun Anak Bukit termasuk menyampaikan sumbangan berbentuk makanan.

Agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Penghulu dan Majlis Ketua Kampung (MKK) juga telah mengadakan mesyuarat dan tindakan susulan bagi memastikan proses menyalurkan bantuan dan pertolongan berjalan dengan lancar.

Ini tidak termasuk bantuan kecemasan dan laporan semasa oleh pihak MADA, tentera, polis, JPAM dan beberapa agensi lain yang terlibat.

TV3 juga �highlight� kan bahawa belum ada sumbangan kewangan diberikan setakat ini, bagi saya pemberita berkenaan amat tidak faham mengenai prosedur sesebuah kerajaan baik Pusat mahupun negeri dalam konteks menyalurkan bantuan kewangan.

Adalah amat mustahil selepas baru dua hari dilanda banjir kerajaan akan terus mengeluarkan sumbangan berbentuk kewangan memandangkan kerajaan terpaksa melalui beberapa proses yang melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis, MKK, Penghulu dan sebagainya.

Sedangkan mangsa Tsunami yang berlaku pada Disember 2004 lalu pun sehingga kini masih ada yang belum mendapat pampasan sewajarnya, bagiamanapun jangka waktu empat tahun itu adalah terlalu lama.

Petikan ayat � sebahagian besar Exco Kerajaan Negeri sedang berada di luar Negara ketika ini� juga mendedahkan berita tersebut hanya sebuah ilusi pemberitanya.

Hanya dua anggota Exco yang berada di luar Negara dalam satu misi menarik pelabur ke Kedah, lawatan kerja mereka bermula sejak 19 Oktober lalu, sementara banjir melanda kawasan mereka pada 21 Oktober.

Misi bantuan dan lawatan akan diteruskan sehinggalah semua mangsa banjir dapat pulang ke rumah masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar

(MOHD. HELMI BIN MOHD. KHALID)
Setiausaha Akhbar kepadaYAB Menteri Besar Kedah

Wednesday, October 22, 2008

Umno yang menindas Bangsa Melayu

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman membidas pemimpin Umno kerana sering menyalahkan bangsa lain atas kegagalan orang Melayu.

Katanya, Umno yang memperjungkan Melayu dan memerintah negara sejak 50 tahun lalu adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap kegagalan orang Melayu kerana mereka yang merancang, mereka juga yang melaksanakan segala perancangan.

"Mereka yang memerintah, mereka yang merancang dan mereka juga yang melaksanakan segala perangcangan kenapa apabila gagal mereka cuba menyalahkan kaun lain dengan menghunus keris dna sebaginya, katanya ketika berucap pada majlis Adilfitri di Mengkarak baru-baru ini.

Menurutnya, pemimpin Umno hari ini semakin hilang kewarasan apabila sanggup menindas bangsa sendiri sebagaimana terbukti di Johor dan Selangor satu waktu dulu dengan merobohkan rumah orang Melayu yang juga ahli dan penyokong Umno sendiri.

Mazlan mendakwa, Johor yang didakwa kaya tetapi sebenarnya tidak mempunyai wang maka jalan untuk mendapatkan wang segera ialah dengan meluluskan tanah kepada pemaju manakala tanah yang diluluskan itu adalah tanah yang telah didiami penduduk sejak 20 atau 30 tahun lalu. Para pemimpin Umno adalah diantara yang menjadi pengarah kepada syarikat pemaju berkenaan.

"Itulah fenomena yang berlaku di kampung baru Pletong Tengah baru-baru ini, apabila rumah-rumah penduduk dirobohkan oleh pemaju dengan bantuan pihak berkuasa seperti polis dan sebagainya, kata Mazlan.

Katanya, kerajaan terdesak untuk mendapatkan wang dan kampung-kampung Melayu akan menjadi mangsa.

Menurut Mazlan beliau tidak membangkitkan isu perkauman tetapi yakin Kerajaan Umno BN tidak akan berani mengusik apatah lagi meroboh rumah kaum Cina kerana mereka mempunyai kesedaran politik lebih baik berbanding kaum Melayu.

"Saya tidak membangkitkan isu perkauman dalam hal ini tetapi pemimpin Umno-BN tidak akan berani menyentuh perkampungan Cina, kerana kaum Cina mempunyai kesedaran politik lebih tinggi dan berani membuat perubahan politik berbanding orang Melayu yang merupakan menyokong 'tegar' Umno," ujarnya.

Mazlan yakin selepas tregedi di Kampung Baru Pletong Tengah itu, banyak lagi kampung-kampung Melayu yang tidak mempunyai status seumpamanya di Johor akan menjadi mangsa kerakusan pemaju yang bersengkonkol dengan pemimpin Umno.

Thursday, October 16, 2008

Umno parti haram?

Umno wajib diharamkan, demikian kesimpulan yang boleh dibuat apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini mengharamkan Hindraf.

Apa kaitan Hindraf dengan Umno? Kenapa penulis berkata demikian, walhal berdasarkan keahlian, ibarat langit dengan bumi antara kedua-dua pertubuhan ini. Belum lagi, dasar perjuangan dan ideologi yang didukungi oleh Umno dan Hindraf.

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar sebagaimana dilaporkan Bernama (sumber berita sahih) pada 15 Oktober lalu telah mengisytiharkan Hindu Rights Actions Force (Hindraf) adalah sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.

Menurutnya, pengisytiharan itu diwartakan berkuatkuasa hari tersebut setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, katanya dalam satu kenyataan.

"Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang," katanya.

Beliau berkata perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.

Syed Hamid berkata sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.

"Tindakan pengharaman yang diambil bukannya berasaskan kepada satu atau dua kegiatan pertubuhan yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan sejak pertubuhan ini diwujudkan," katanya.

Apa kaitan Hindraf dan Umno?

Baiklah. Itulah kenyataan daripada seorang Menteri yang memikul tanggungjawab yang besar tetapi ternyata gagal dalam menunaikan amanah dengan adil dan saksama.

ImageKenapa penulis berkata demikian? Ingatkah kita pada tarikh; 23 Mac 2008? Apa pentingnya tarikh tersebut dengan soal haram atau halalnya Hindraf? Atau apa besarnya implikasi tarikh tersebut kepada Umno?

Bagi pandangan penulis, jika benar sepertimana yang disebut oleh Menteri KDN, Syed Hamid bahawa; "Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang",maka tarikh tersebut adalah asas untuk meletakkan Umno haram dan kini parti yang mendukungi kerajaan ini sedang beroperasi secara gelap.

Dan jika benar pula dakwaan Syed Hamid,"Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia...sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum", maka wajarlah dan teramat nyata Umno tidak wajar lagi berdenyut di muka bumi ini.

Apakah relevan tarikh 23 Mac 2008 dengan Umno dan soal keharaman Hindraf?

Jika anda masih ingat, pada tarikh itulah,satu perhimpunan haram telah diadakan oleh ahli-ahli Umno di kediaman rasmi Menteri Besar Seri Iman, Terengganu dengan slogan kain rentang yang ditulis 'Kami Nak Idris, Natang' yang bermaksud 'Binatang' dengan tujuan menghina pihak istana dan Tuanku Sultan Mizan (YDP Agong).

Jadi persoalan mudah, yang boleh dijawap tanpa ada jawatan Menteri, Dato', Tan Sri, Dato' Seri hatta orang kampung yang tak 'pass' dari satu sekolah Melayu pun boleh diagak,iaitu;"Siapa lebih haram, lebih biadab dalam konteks pertubuhan."

Tidak haramkah Umno, kerana menganjurkan perhimpunan haram pada 23 Mac lalu?

Tidak haramkah Umno,kerana cuba mencetuskan kekacauan dan suasana tidak aman pada 23 Mac itu?

Tidak haramkah Umno, kerana cuba menghina pihak istana dengan slogan biadab pada tarikh itu?

Atau tidak haramkah juga Umno, kerana cuba menghasut rakyat untuk menentang pihak istana iaitu Tuanku Sultan (dalam erti kata lain, cuba melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong)?

Perhimpunan di Terengganu aman, Yang di-Pertuan Agong tidak terancam?

Apakah pihak KDN buta dan tuli? Apakah pihak polis tutup mata?

Cuba lihat apa jawapan pihak polis dalam isu tersebut seperti yang dipetik penulis melalui laman buletinonline:Menurut surat yang ditandatangani oleh Superitendan Khairi Ahrasa bagi pihak Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Terengganu, beliau sukacitanya memaklumkan siasatan berkenaan perkara tersebut telah selesai dijalankan.

ImageDalam surat yang ditujukan kepada Muhammad Fauzi Abu Samah, Khairi turut menyatakan pihak beliau menunggu arahan lanjut berkaitan pendakwaan apabila kertas siasatan terhadap kes tersebut telah dimajukan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Surat tersebut yang bernombor rujukan (PR) 35/26 bertarikh 16 September adalah respon pihak polis terhadap surat yang dihantar oleh Fauzi kepada pihak polis pada 11 September 2008.

Pada 26 Mac lalu sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) telah membuat satu laporan polis berhubung 'perhimpunan haram' para penyokong bekas Menteri Besar Dato� Seri Idris Jusoh.

Pengerusi MAMPAT Mohamad Fauzi Abu Samah, 36, berkata salah satu slogan kain rentang yang diangkat semasa perhimpunan haram tersebut telah menghina pihak Istana dan Tuanku Al-Sultan yang berbunyi 'Kami Nak Idris, Natang' yang bermaksud 'Binatang'.

Perhimpunan haram yang telah di ditayangkan kepada umum oleh beberapa buah stesyen tv utama adalah ekoran penentangan ahli-ahli Umno yang menyokong Idris terhadap pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

Surat respon Polis Terengganu telah disiarkan dalam laman rasmi MAMPAT sejak 12 Oktober lalu

Nampaknya, agak lama dan berzaman polis nak siasat isu perhimpunan tersebut.

Kenapa KDN tidak bertindak? Kenapa Syed Hamid tidak bersuara dalam isu ini?

Mana satu lebih haram antara serbu rumah terbuka atau buat provokasi agar rakyat hina dan bencikan istana?

Apakah suasana perhimpunan di Terengganu ketika itu aman dan tidak mengancam keselamatan rakyat,negara malah Yang di-Pertuan Agong?

Jelas lagi tersuluh, isu pengharaman Hindraf distruktur dengan penuh konspirasi untuk menimbulkan rasa takut kepada rakyat terhadap pertubuhan tersebut.

Selain itu,ia seolah dirancang sebagai satu mesej kepada rakyat, bahawa bagaimana hebatnya kuasa di tangan Menteri dan kerajaan yang didukungi Umno.

Oleh itu, kepada pembaca semua, di manakah keadilan yang kita nantikan? Sampai bilakah kita akan terus dipermainkan dengan permainan kuasa politik rakus pemerintah masa kini?

Tiada gunanya, jika nakhoda kapal ditukar tetapi segala isi kapal dipenuhi dengan anai-anai yang makin mengunyah segala isinya dari hari ke hari.