Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Saya ingin mengambil kesempatan ini untk mengucapkan Selamat Hari Raya Korban buat seluruh umat Islam di Malaysia.

Semoga ia memberi ruang untuk kita memikirkan erti korban buat negara tercinta.

Korban demi Keadilan....Korban demi Ketuanan Rakyat !!!

Steven Koay
AMK Sungai Petani

Lagi Kronisme oleh Umno-BN.....Kali ini PM Najib Razak

Setelah 7 bulan menjadi Perdana Mentri, Najib Razak mula mengamalkan budaya kronisme ! Seperti perdana mentri-perdana mentri yang dahulu, hari ini Najib telah membuat beberapa  keputusan yang menampakkan ahli keluarga serta kroninya dilantik bgi memegang jawatan-jawatan dalam kumpulan/syarikat milik Umno-BN :

- Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, Setiausaha Penerangannya dilantik sebagai direktor Kumpulan Utasan Malaysia.
- Ancom Bhd. syarikat abang Najib, Johari Razak,yang tersenarai di Bursa Kuala Lumpur mengambil-alih Bernama TV dan menjadi pemegang saham terbesar.
- Kroni Najib, Siew Ka Wei (Pemegang saham utama Ancom Bhd.) & Mohamad Al-Amin Abdul Majid (Pengerusi Smidec) menerusi anak syarikat Redberry (syarikat media & iklan ternama) memberi 75% saham Malaymail.

Fenomena ini sekali kali memperlihatkan amalan kronisme masih dan sedang subuh ditanam di kalangan pemimpin-pemimpin Umno-BN. Gagasan 1Malaysia sememangnya merupakan slogan "pujuk Rakyat" yang simbolik, budaya mementingkan kroni serta keluarga tidak pernah dan tidak akan hilang dalam Umno mahupun BN.

Seperti artikel saya "Mahathir squandered RM100 bil, says new book" berhubung kerugian duit Rakyat RM100 billion oleh Tun Dr. Mahathir, yang dibongkar oleh sebuah buku terbaru, keluaran Barry Wain, bekas editor Asian Wall Street Journal.

Sekiranya kita membiarkan keadaan kronisme terus-menerus berlarutan di Malaysia, akhirnya sekali lagi negara akan kerugian RM100 billion di bawah pimpinan Najib Razak.

Berapa RM100 billion mampu ditanggung oleh Rakyt Malaysia, yang tidak lain tidak bukan dipakai untuk mencipta jutawan demi jutawan di kalangan ahli-ahli kelaurga dan kroni-kroni pemimpin utama Umno-BN. Rakyat jelata akan terus menyeksa dan hidup dalam serba kekurangan serta daif, negara akan terus teraniaya !

Wednesday, November 25, 2009

Peguam: Najib 'dikaitkan' dengan kehilangan Bala

Mereka yang berfikiran waras akan membuat kesimpulan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya ada kaitan dengan kehilangan P Balasubramaniam, kata peguam perisik persendirian itu, Americk Singh Sidhu.


Menurutnya, fakta-fakta nampaknya menunjukkan kepada kemungkinan mereka tidak mahu dia lagi dan menyerahkan tugas itu kepada orang lain yang rapat dengan mereka, untuk dilaksanakan.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Americk memandang berat pembabitan adik Najib - Datuk Nazim - dan menurutnya, persoalan yang timbul ialah mengapa dia (Nazim) berminat dengan kehilangan Balasubramaniam "jika dia tidak mendapat perlindungan dari abangnya?".

Balasubramaniam baru-baru ini mendedahkan bahawa dia pernah berjumpa dengan Nazim, seorang arkitek, pada malam sebelum dia menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mendakwa Najib ada hubungan rapat dengan Altantuya Shaariibuu.

Balasubramaniam turut mendakwa bahawa dia ditawarkan RM5 juta oleh seorang yang dikenali sebagai Deepak, seorang ahli perniagaan yang rapat dengan isteri Najib - Datin Seri Rosmah Mansor - supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.

Najib telah berulangkali menafikan spekulasi bahawa beliau adalah di belakang tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Americk menceritakan bagaimana beliau diperkenalkan kepada Balasumbramaniam; tindakan balasubranamiam menarik balik akuan bersumpah pertamanya dan pertemuan seterusnya beliau dengan bekas pegawai polis itu, selepas muncul semula dari persembunyian setahun kemudiannya.

Americk turut mendedahkan bahawa rakaman video wawancaranya dengan Balasubramaniam tiga bulan lalu, dibuat secara rahsia sebagai "satu jaminan sekiranya dia ditahan oleh pihak-pihak yang terbabit dalam pemergiannya dari negara ini setahun yang lalu."

"Dia tidak tahu yang dia sedang dirakamkan pada masa itu, tetapi kita kemudiannya memaklumkan perkara itu kepadanya dan dia faham mengapa kita berbuat demikian," katanya.

Menurut Americk lagi, Balasubramaniam mungkin melakukan kesalahan di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960 kerana memberi akuan bersumpah yang bercanggah, tetapi dia boleh mempertahankan dirinya kerana dia nampaknya telah dipaksa, diugut dan/atau dipaksa menandatangani akuan bersumpah kedua".

Tetapi, katanya, mereka yang didakwa menghasut akuan bersumpah kedua yang palsu dibuat - Deepak, ASP Suresh dan peguam M Arunampalam - juga berdepan dengan tuduhan jenayah kerana subahat dan konspirasi.

Mengenai Nazim pula, Americk mendakwa, dia terbabit dalam melakukan ugutan jenayah terhadap Bala di samping kemungkinan didakwa bersubahat/konspirasi berhubung pembuatan akuan bersumpah kedua yang palsu.

Mahathir squandered RM100 bil, says new book

From Malaysiakini.

Malaysia has squandered an estimated RM100 billion on financial scandals under the 22-year rule of Dr Mahathir Mohamad, according to a new book about the former prime minister.


According to Barry Wain, author of the soon-to-be launched 'Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times', direct financial losses amounted to about RM50 billion.

This doubled once the invisible costs, such as unrecorded write-offs, were taken into account. The RM100 billion total loss was equivalent to US$40 billion at then prevailing exchange rates.

Barry, who is a former editor of the Asian Wall Street Journal, says most of the scams, which included a government attempt to manipulate the international tin price and gambling by Bank Negara on global currency markets, occurred in the 1980s.

'Malaysian Maverick' is the first independent, full-length study of Mahathir, who retired in 2003 after more than two decades as premier. The book will be published globally next week by Palgrave Macmillan.

Wain writes that the Mahathir administration, which took office in 1981 with the slogan, “clean, efficient, trustworthy”, was almost immediately embroiled in financial scandals that “exploded with startling regularity”.

By the early 1990s, he says, cynics remarked that it had been “a good decade for bad behaviour, or a bad decade for good behaviour”.


Secret military deal with US
The book also reveals that:

* Mahathir, despite his nationalistic rants, signed a secret security agreement with the United States in 1984 that gave the Americans access to a jungle warfare training school in Johor and allowed them to set up a small-ship repair facility at Lumut and a plant in Kuala Lumpur to repair C-130 Hercules transport aircraft.

* Mahathir used a secret fund of his ruling Umno to turn the party into a vast conglomerate with investments that spanned almost the entire economy.

* Mahathir's Umno financed its new Putra World Trade Centre headquarters in Kuala Lumpur partly with taxpayers money, by forcing state-owned banks to write off at least RM140 million in interest on Umno loans.

Wain, who is now a writer-in-residence at the Institute of Southeast Asian Studies in Singapore, however credits Mahathir with engineering the country's economic transformation, deepening industrialisation and expanding Malaysia's middle class.

But Mahathir had undermined state institutions, permitted the spread of corruption and failed to provide for Malaysia's future leadership, he says.