Sunday, May 24, 2009

PRK Penanti - 4 Penjuru



Selain Mansor Othman, wakil dari PKR, turut bertanding Kamarul Ramizu Idris, calon bebas yang hilang deposit di Bukit Gantang. 2 lagi calon bebas ialah bekas pemimpin Wanita PKR negeri Aminah Abdullah (berbaju merah jambu) dan Nai Khan Ari, bekas pemimpin Gerakan (berbaju biru).

Mohd Saberi Othman, seorang bekas pembantu Tun Abdullah Ahmad Badawi di kawasan parlimennya di Kepala Batas, dibatalkan borang pencalonannya.

Tuesday, May 19, 2009

Sungguh BN Tak Bertanding di Penanti ???

Semalam Umno-BN mengumumkan untuk tidak bertanding di PRK Penanti pada 31 Mei ini.

Alasan yang diberi :
1) Tidak mahu menyertai permainan politik PKR
2) PRK ini tidal memenuhi kehendak perlembagaan kerana ia sengaja diadakan oleh bagi menyelesaikan masalah dalaman PKR
3) Hendak menumpukan perhatian kepada ekonomi negara
4) PRK sedemikian merugikan rakyat kerana perbelanjaan terpaksa dilakukan.

Jawapan saya kepada Umno-BN :
1) & 2) Ini bukan permainan politik. Kerajaan Pakatan Rakyat yang sentiasa mengutamakan Ketuanan Rakyat menggugurkan Ahmad Fairuz atas sebab prestasi beliau yang tidak memuaskan, baik di peringkat DUN mahupun di peringkat kerajaan negeri. Banyak rungutan dan aduan telah diterima sepanjang setahun yang lepas terhadapnya yang dikatakan 'under-perform'. Pakatan Rakyat mengambil langkah pencegahan iaitu meminta Ahmad Fairuz meletakkan ke-semua jawatannya agar tidak merugikan rakyat Pulau Pinang pada masa depan. Berbanding dengan cara Umno-BN, apakah ke-semua Adun-Adun serta MP Umno-BN berprestasi cemerlang ? Pastinya tidak, mesti ada segolongan daripada mereka yang berprestasi buruk. Namum Umno-BN tidak mengambil tindakan langsung selama 52 pemerintahannya. Ini bagai perpatah Orang Cina 'Kuan-Kuan-Xiang-Hu' yang bermaksud menteri-menteri yang sekongkol & 'cover' sesama mereka walaupun ada yang tidak menjalankan tugasnya dengan baik.

3) Sekiranya PRK Penanti akan menjejaskan tumpuan Umno-BN dalam menyelesaikan masalah ekonomi, maka ia menunjukkan kredibiliti kerajaan Umno-BN adalah rendah. Ini adalah kerana sebuah kerajaan yang mempunyai berpuluh mentri dengan beribu kakitangannya, tidak pada menguruskan satu PRK yang tempoh kempennya hanya 7 hari.

4) Angka perbelanjaan yang dikeluarkan pada 5 PRK sebelumnya memperlihatkan berjuta-juta dibelanjakan oleh PDRM sementara SPR hanya membelanjakan berpuluh hingga beratus ribu. Jelas sekali bahawa yang membazirkan wang rakyat adalah Umno-BN, merekalah yang kerahkan beribu-ribu polis untuk setiap PRK. Kem, kelengkapan dan peralatan di bilik sementara & pondok polis pula dikatakan 'terlalu mewah dan mahal'.

Oleh itu Siapa yang membazir wang rakyat.

Sementara itu, benarkah Umno-BN tidak akan bertanding di PRK Penanti ? Secara terang-terangan Umno-BN tidak bertanding, tetapi secara gelap-gelapnya ia bertanding dengan menurunkan calon-calon bebas seperti mana yang berlaku di PRK Bukit Selambau.

Monday, May 11, 2009

Nizar Umum 6 Perkara Setelah Disahkan MB Perak



Berikut adalah pengumumannya :

1) Memohon perkenan Sultan Perak agar dapat mengadap Sultan bagi membolehkannya memaklumkan secara rasmi keputusan mahkamah.

2) Selain Sidang DUN pada 07 Mei, ke-semua keputusan yang dibuat oleh MB & Exco haram, akan disemak semula. Namun ia tidak bermaksud ke-semuanya telah dibatalkan, sehingga notis terbaru dibuat.

3) Mendesak Zambry & Exco-exconya mematuhi keputusan mahkamah & mengosongkan jawatan.

4) Segera menamatkan khidmat penasihat undang-undang negeri Ahmad Kamal.

5) Akan mengadakan Mesyuarat Exco secepat mungkin.

6) Kami mengulangi pendirian bahwa keputusan pembubaran DUN yang dibuat pada Sidang DUN Bawah-Pokok pada 03 March 2009, harus dilaksanakan.

MB Nizar Mengadap Sultan Esok

Selepas Mahkamah mengesahkan kedudukan Dato' Seri Mohammad Nizar sebagai mentri Besar Perak, beliau mendesak Dr. Zambry serta 6 Exconya mengosongkan jawatan mereka berkuat-kuasa serta-merta.

Sementara itu, MB Nizar telah memohon perkenan sultant bagi membolehkannya mengadap Sultan Perak bagi menyatakan hasrat beliau untuk membubarkan DUN Perak agar Pilihanraya Negeri dapat diadakan.

Mahkamah : Nizar MB yang Sah - Konspirasi Umno-BN ???

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak.

Sememangnya keputusan ini menepati ramalan saya.

Setelah episod "DUN Hitam" pada 07 Mei, yang menyaksikan penukaran Speaker DUN Perak secara biadat, haram, tudak bertamadun serta tidak mengikut lunas Perlembagaan Tubuh Kerajaan Perak; Saya telah mengatakan bahwa ianya merupakan konspirasi Umno-BN !
Speaker yang sah Sivakumar diheret keluar dari dewan dan digantikan dengan "speaker pilihan" Umno-BN merupakan episod pertama Umno-BN.

Seterusnya diikuti episod ke-dua iaitu keputusan mahkamah tinggi hari ini, yang menyaksikan satu keputusan yang "adil" dengan mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak.

Episod ke-tiga akan memperlihatkan rayuan dibuat oleh Dr. Zambry Abdul Kadir ke atas keputusan mahkamah itu. Dr. Zambry akan menyatakan "Seperti amalan kita dulu yang sentiasa akur pada undang-undang, kita menghormati keputusan yang dibuat mahkamah. KIta akan mengosongkan kesemua jawatan MB dan Exco dan kita akan buat rayuan"

Episod ke-empat (1), mahkamah akan menolak rayuan yang dibuat Umno-BN sebelum sidang DUN diadakan.

Episod ke-empat (2), sidang DUN akan diadakan sebelum keputusan rayuan dibuat. Sidang DUN akan dipengerusikan oleh 'Speaker Haram" R.Ganesan, Dr. Zambry yang waktu itu Adun biasa akan membawa usul tidak percaya terhadap MB sah Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin. Dari sinilah kita akan nampak objektif UMno-BN untuk mengadakan Sidang DUN 07 Mei. "Speaker Haram" R. Ganesan akan menerima usul Dr. Zambry dan akan membenarkan undi tidak percaya terhadap MB Nizar yang memperlihatkan 31(BN) lawan 28(PR) majoriti memihak kepada Umno-BN bagi menjatuhkan MB Nizar secara sah agar rakyat akur dengan cara mereka yang "mengikut Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Perak" menjatuhkan MB Nizar.

Dengan begitu, Umno-BN akan dapat memerintah negeri Perak secara "sah" !!!

Thursday, May 7, 2009

Ketua AMK Malaysia DI Astro Awani Malam ini.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin akan muncul di Agenda Awani jam 9.00 malam ini (Khamis). Tajuk perbincangan adalah ‘Kebebasan Akhbar di Malaysia’.

Video Sidang Dun Perak



























Terkini !!!

8.30am :
MP Ampang - YB Zuraida Kamaruddin ditangkap kerana cuba mengadakan sidang media di luar bangunan SUK.
Turut ditangkap 3 orang berpakaian hitam.

9.00am :
P.Sugumaran, Setiausaha Politik MP Ipoh Barat M. Kulasegaran ditahan polis kerana cuba memasuki bangunan SUK.

YM Batu, Tian Chua dilarang memasuki bangunan SUK dan dihalau dari radius 500m.

Turut ditangkap ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong (DAP-Melaka), ADUN Teratai, YB Janice Lee (DAP-Selangor).

9.05am :
ADUN Bahau, YB Tey Kok Seong (DAP-N.Sembilan) diberkas bersama 8 orang yang lain.

9.10am :
YB Lim KIt Siang, YB Gulasegaran & Intan MP YB M. Manogaran dilarang memasuki bangunan SUK walaupun dijemput untuk menghadiri.

9.20am :
Semua ADUN PR & BN telah tiba di Bangunan SUK, sedang menunggu ketibaan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah untuk perasmian.

9.25am :
Pemimpin-pemimpin Umno yang turut berada di kawasan Bangunan SUK tidak ditangkap atau dihalau.
3 lagi ditahan, antaranya blogger, Bernard Khoo.

Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN sebelum pembukaan rasmi sidang.

Beliau berjabat tangan dengan Speaker DUN V Sivakumar, yang disambut kedatangannya oleh setiausaha DUN Abdullah Untong.

9.30am :
Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN.

Kedatangan baginda disambut dengan rasa hormat semua ADUN Pakatan Rakyat, mereka semua berdiri, tidak seperti sikap mereka Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir yang menerima penghormatan itu.

9.35am :
Menurut YB Lim Kit Siang, antara yang ditahan setakat ini ialah Lau Bak Kee, Pengerusi veteran DAP, bekas wakil rakyat, R.K. Muthu, blogger Zorro (Bernard Khoo), Lee Kong Hing, wakil rakyat Sg Pinang, Koid Teng Guan, wakil rakyat Bahau, Tey Kok Seong, wakil rakyat Temiang, Ng Chin Tsai, wakil rakyat Teratai, Jenice Lee, wakil rakyat Melaka, Khoo Poay Tiong, Ketua Pemuda Taiping, Tey Kok Lim.



9.45am :
Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, ditahan polis di belakang bangunan utama pentadbiran Perak - yang menempatkan DUN.

10.00am :
Semua Adun, wakil & media jemputan dibenarkan masuk ke dewan. Adun PR duduk di bahagian kanan (bahagian pemerintah) Speaker.

10.05am :
Speaker Sivakumar menghalang keluar 7 Exco BN (termasuk MB BN Dr. Zambry) dan 3 Adun Bebas seperti larangan yang dibuatnya sebelum ini. Mesyuarat DUN tidak akan dimulakan sekiranya 10 Adun itu tidak keluar.

Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja dan menjerit "keluar" ke arah 10 ADUN tersebut, tetapi mereka masih berdegil.

ADUN Pakatan dan BN masing-masing menjerit ke arah satu sama lain.

10.10am :
Turut ditangkap MP Sg Siput, Jeyakumar.

Sementara di dalam dewan, Dr. Zambry bersama 6 Exconya dan 3 Adun bebas masih enggan keluar dari dewan. Keadaan 'hangat & panas' di dalam dewan.

10.15am :
Lagi diberkas MP Parit Buntar dari Pas, YB MUjahid Yusof Rawa.

Pertelingkahan masih berterusan di dalam dewan.

10.20am :
Speaker mengulangi pendirian mengarah keluar 10 Adun.
MB BN Dr. Zambry cuba membawa usul undi tidak percaya kepada Speaker.
Cubaannya Sivakumar sendiri dan dihalang para Adun PR.

10.25am :
Selepas 20min bertelingkah, masih tiada sebarang keputusan dibuat.

10.35am :
Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan terus bertegang. Speaker terus mengulangi bahawa usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan beliau terbatal dan tidak sah, sementara menteri besar BN itu tetap bertegas Speaker itu telah diganti.

Speaker mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau keluar tujuh wakil rakyat BN, termasuk Zambry, dan tiga bebas. Pengawal bagaimanapun enggan berbuat demikian.












10.40am :
Dr. Zambry mengatakan bahawa Speaker dewan Sivakumar telah pun ditukar kepada BN memperolehi majoriti dalam dewan.

10.50am :
Speaker Sivakumar menolok dakwaan Dr. Zambry kerana pertukaran Speaker tidak sah. Sivakumar mengarahkan pegawai keselamatan dewan untuk menghalau 10 Adun itu, namun pegawai keselamatan enggan berbuat demikian.

Raja Muda Raja Nazrin masih menunggu di balai VIP untuk merasmikan mesyuarat. Penangguhan perasmian berikutan kekecohan dalam dewan.

11.00am :
Adun Pengkalan Hulu, Tajol Rosli dan beberapa Adun BN mengisytiharkan bahawa kesemua 28 Adun BN dan 3 Adun bebas telah menyokong untuk memecat Sivakumar sebagai Speaker dewan.

Mikrofon Speaker dipadam. Timbalan Speaker Hee Yit Foong yang meninggalkan DAp untuk BN cuba mengambil-alih peranan speaker.

Hee mengumumkan bahwa Sivakumar perlu meninggalkan dewan kerana majoriti telah mengundi untuk memecatnya.

Dr. Zambry mencadangkan Datuk Ganesan untuk dilantik sebagai Speaker baru dan disokong Hamidah Osman, Hee mengumumkan perlantikan speaker baru itu.

Namum Sivakumar enggan meninggalkan dewan dan mengatakan bahwa mesyuarat belumpun dimulakan.

11.10am :

Datuk Ganesan mengangkat sumpah sebagai speaker baru.

Sivakumar mengutuk bahwa speaker baru itu tidak sah.

Wakil-wakil BN berdiri mengelilingi timbalan Speaker, Hee Yit Fong dan menteri besar mereka Zambry.

Mikrofon Speaker kini dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi walaupun telah dimatikan sebelumnya.

Dengan perlindungan kumpulan ADUN BN itu, Hee mengumumkan beliau kini sebagai pemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau V Sivakumar daripada kerusi Speaker.

Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arah tersebut.

11.15am:

Speaker baru BN Datuk Ganesan mengumukan penangguhan Mesyuarat DUN walaupun Raja Muda Perak Raja Nazrin masih belum merasmikannya.

11.25am :

V Sivakumar, speaker Pakatan, memulakan semula persidangan DUN walaupun R Ganesan, speaker BN, menangguhkannya sebentar tadi.

Walaupun tanpa mikrofon, Sivakumar tetap meneruskan arahannya yang awal agar tujuh ADUN BN termasuk menteri besar mereka Zambry dan tiga wakil bebas meninggalkan dewan.

Jika mereka enggan berbuat demikian, beliau enggan memulakan persidangan tersebut.

Kedua-dua pihak bertikam lidah sekali lagi dari tempat duduk masing-masing, tidak seperti tadi.

Wakil-wakil rakyat Pakatan berkumpul di sekeliling menteri besar mereka Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan berbincang dengan mereka tindakan selanjutnya.

Kedua-dua pihak masih bertegang leher tetapi tidak tidak sehangat tadi.

Pakatan Rakyat mencurigai kesahihan mesyuarat BN tadi, menurut mereka perasmian oleh Raja Nazrin pun belum dilaksanakan. Maka adalah tidak sah mesyuarat BN itu tadi.

12.00pm :

Raja Muda Perak Raja NAzrin dijangka akan merasmikan mesyuarat DUN.

Kekecohan di dalam dewan reda, Semua Adun PR & BN sedang menunggu di dalam dewan.

12.37pm Hampir semua ADUN Pakatan Rakyat mengerumuni kawasan tempat duduk ADUN BN bagi meminta R Ganesan - speaker baru lantikan BN yang duduk di situ - meninggalkan dewan.

Kumpulan ADUN BN mempertahankan Ganesan, dan berlaku sekali pertengkaran di dalam dewan yang mulia itu. Berlaku sedikit pergelutan seketika antara ADUN BN dan Pakatan tetapi mereka kemudian menghentikannya.

Ganesan, bekas ADUN Sungkai dan pemimpin MIC Perak, tetap berdegil dan terus duduk di situ.

12.15pm Speaker asal V Sivakumar mengharamkan R Ganesan, speaker baru yang dilantik BN, meninggalkan dewan.

Kemudian beberapa ADUN Pakatan mendekati Ganesan agar berbuat demikian dan mereka bertengkar.


Mengejutkan, wakil-wakil rakyat BN hanya duduk dan memerhatikan gelagat tersebut, sambil membuat bising.

12.37pm Hampir semua ADUN Pakatan Rakyat mengerumuni kawasan tempat duduk ADUN BN bagi meminta R Ganesan - speaker baru lantikan BN yang duduk di situ - meninggalkan dewan.

Kumpulan ADUN BN mempertahankan Ganesan, dan berlaku sekali pertengkaran di dalam dewan yang mulia itu. Berlaku sedikit pergelutan seketika antara ADUN BN dan Pakatan tetapi mereka kemudian menghentikannya.


Ganesan, bekas ADUN Sungkai dan pemimpin MIC Perak, tetap berdegil dan terus duduk di situ.


12.45pm Thomas Su, ADUN Pasir Pinji, mengunjukkan sekeping wang RM50 ke arah timbalan Speaker, Hee Yit Foong, sambil menjerit "pergi mampus" dalam dialek Kantonis.

ADUN Aulong, Yew Tian Hoe pula kemudian membaling dua keping wang kertas RM1 ke arah Hee, yang juga ADUN Jelapang.

Bekas ADUN DAP itu, kini wakil rakyat bebas, mengambil wang itu dan mencarik-carikkannya.


Wakil-wakil rakyat BN merakamkan gelagat dua ADUN DAP itu dengan video telefon mereka, sementara tindakan serupa dibuat oleh ADUN Pakatan.


12.55pm Enggan meninggalkan dewan R Ganesan, speaker baru lantikan BN, mengumumkan penangguhan sidang dewan DUN Perak selama sejam lagi.

Keadaan kembali tenang dengan kedua-dua pihak duduk kembali di tempat masing-masing.


1.10pm Difahamkan Zambry bertemu dengan Raja Nazrin Shah - yang dijadual membuka secara rasmi persidangan DUN Perak pagi ini - di luar dewan.

Tiada maklumat lengkap tentang pertemuan dan tujuannya.


2.30pm

Kekecohan terus berlaku setelah sesi rehat.

Pergaduhan dan tumbuk-menumbuk berlaku antara Adun PR & BN. Ada yang panjat ke atas meja dewan. Polis dikerah untuk mengawal keadaan dalam dewan.


2.40pm

Sepasukan 'polis' dikerah untuk 'memunggah' Sivakumar keluaer dari dewan. Namum dihalang Adun PR.

Sebanyak 13 dari 64 orang yang ditahan dibebaskan.

2.55pm Kumpulan "pegawai" mengelilingi tempat duduk Speaker - kini diambil alih oleh R Ganesan - untuk mengawal keadaan.

3.00pm Demonkrasi berperlembagaan mati !!!

Sejarah hitam dalam sejarah Malaysia....Speaker Dewan Undangan Negeri Perak 'diangkat' dan diheret keluar dari dalam dewan.

Umno-BN menggunakan kekerasan bagi memaksa speaker keluar !!! Malaysia telah memasuki Zaman Kuku Besi !!!


3.05pm Malaysia kini menjadi negara seperti Pakistan, rampasan kuasa secara kekerasan dipakai tanpa mengikut lunas undang-undang.


3.10pm R Ganesan, speaker baru lantikan BN, memulakan persidangan dewan dengan meminta seorang pegawai DUN membacakan doa.

Beliau juga mengarah keluar dua ADUN Pakatan - - tetapi mereka enggan.

Speaker itu kemudian menangguhkan dewan bagi menunggu keberangkatan tiba Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.

3.15pm V Sivakumar dibawa oleh kumpulan polis dari dalam dewan ke satu tempat yang tidak didedahkan. Hanya isteri beliau dibenarkan berjumpa ADUN DAP itu.

Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah masuk ke dewan untuk majlis pembukaan persidangan DUN. Sebelum itu Raja Nazrin telah bertitah dengan YB Nizar dan YB Ngeh Khoo Ham di dalam dewan. Sejurus itu, YB Nizar meminta semua Adun PR kembali ke tempat masing-masing.

Sementara itu, kereta rasmi Speaker Sivakumar kelihatan meninggalkan bangunan SUK tanpa Sivakumar, kelihatan di belakang kereta, seorang wanita yang tidak diketahui identitinya.

3.47pm Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah menamatkan titah ucapan baginda dalam perasmian pembukaan sidang dewan setelah menyampaikan ucapan kira-kira setengah jam tanpa menyentuh issue perebutan kuasa Perak

4pm Pemimpin PKR Tian Chua ditahan polis di belakang bangunan sekretariat kerajaan Perak sewaktu cuba menyambut kehadiran wakil-wakil rakyat Pakatan yang akan keluar dewan selepas perasmian sebentar tadi.

4.05pm Naib Presiden PASMohamad Sabu - yang ditahan semalam di Kuala Lumpur - dibebaskan jam 3.30 petang di Tanjung Malim, Perak.


Wednesday, May 6, 2009

Terkini - Tangkapan Besar-besaran dilakukan !!!

Terkini !!!

Polis & Kerajaan Umno-BN malam ini melakukan tangkapan secara besar-besaran di Kuala Lumpur !

Seramai 14 orang aktivis & pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat diberkas sewaktu mengadakan perhimpunan bagi membela nasib aktivis Bersih Wong Chin Huat. Antara yang ditahan :

Temme Lee, 23, koordinator Suaram
John Liu, 26, koordinator Suaram
Liau Kok Fah, 47, jawatankuasa hak sivil
Chan Kim Ming, 34, jawatankuasa hak sivil
Law Teck Hao, 29, editor akhbar
Lee King Thim, 41
Liew Thin Choi, 47
Melissa Wong Yuet Fun, 25

Mereka ditahan sejurus selepas diberikan amaran agar bersurai oleh pegawai polis Brickfields.

Penahanan itu tidak mematahkan semangat penyokong Wong untuk terus berhimpun di tempat yang sama. Menjelang 10 malam, kira-kira 30 orang berkumpul dan memulakan semula protes nyalaan lilin.

Lebih kurang jam 10.10 malam, polis menahan empat orang lagi, termasuk ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan penulis kolum Josh Hong di situ.

Dua wanita yang turut ditahan itu belum dapat dikenal pasti.

Sepuluh minit kemudian, dua lagi ditahan polis di dalam sebuah kereta - termasuk bekas wartawan Lim Hong Siang.

Usaha peguam RH Dipendra untuk menemui kumpulan lapan orang yang ditahan lebih awal tidak dibenarkan oleh polis.

Bersama sekumpulan pemimpin pembangkang dan NGO yang bergabung dalam Bersih, Wong melancarkan kempen berpakaian hitam esok - membantah persidangan DUN Perak - dengan slogan "1Malaysia Gelita, Demokrasi Didahulukan, Adakan Pilihanraya Sekarang"

Mereka meniru slogan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membawa wawasan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan."

Larangan Berpakaian Hitam pada 07 Mei 2009 - Mengarut !!!


Hari ini Ketua Polis Negara, Musa Hassan mengeluarkan larangan berpakaian hitam pada hari Khamis, 07 Mei 2009 !

Kebebasan Malaysia sudah terkubur sehinggakan tiada kebebasan berpakaian.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berpakaian hitam pada esok sebagai tanda bantahan terhadap larangan yang tidak logik & tidak bertamadun ini !

Berpakaian Hitam pun Ditangkap ISA !!!

Aktivis Bersih, Wong Chin Huat ditahan polis di rumahnya semalam kerana didakwa menghasut orang ramai untuk berpakaian hitam sehingga mengancam ketenteraman & keselamatan awam.

Wong yang ditahan ISA menyeru orang ramai memakai baju berwarna hitam pada hari Khamis, 07 May 2009 sebagai tanda membantah tindakan Kerajaan BN yang tidak mengikut lunas Perlembagaan Kerajaan Negeri Perak untuk merampasn kuasa.

Wong hari ini dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan remen untuk melanjutkan tempoh penahanannya.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis dan kerajaan Umno-BN yang menyalahgunakan akta ISA ! Dengan menyeru orang ramai untuk berpakaian hitam pun akan mengancam ketenteraman & keselamatan awam ?? Apakah logik dakwaan bodoh itu ??

Seperti seruan Ketua Menteri P.Pinang YAB Lim Guan Eng, Saya ingin menyeru rakyat Malaysia untuk berpakaian hitam pada hari esok, Khamis 07 May 2009 bagi membantah kekerasan dan kezaliman kerajaan Umno-BN ini !!!

Petra dedah sumber info kaitkan Rosmah-Altantuya

Penulis blog popular, Raja Petra Kamaruddin dalam tulisan terbaru hari ini mendedahkan identiti sumbernya berhubung dakwaan wanita pertama negara Rosmah Mansor berada di tempat Altantuya Shaariibuu dibunuh.

Menurut pengendali blog Malaysia Today, maklumat kontroversi tersebut datang daripada Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin, "orang nombor dua dalam unit khas bahagian risikan tentera" Malaysia.

Beliau bertemu pegawai tentera melalui seorang rakannya, Nik Azmi Nik Daud, yang dikenalinya sejak 45 tahun lalu.

Nik Azmi seorang pembantu ahli politik veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, kata penulis itu lagi.

Beliau juga memohon pertolongan daripada beberapa individu antaranya termasuk pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang lagi pembantu Tengku Razaleigh tentang kredibiliti pegawai tentera tersebut.

Dalam tulisan blognya, beliau juga mendakwa ditawarkan sebanyak RM30,000 sebulan oleh Datuk Jamaluddin Jarjis, seorang kenalan dekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai imbuhan agar beliau berhenti menulis tentang wanita Mongolia tersebut.

Saturday, May 2, 2009

Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek Sedia Sertai P.Rakyat ?蔡细历准备跳槽民联?

以下是蔡细历与《The Nut Graph》的问答录:
Temubual The Nut Graph dengan Chua Soi Lek :
(W = Wartawan, C = Chua)

记:请告诉我们你身为贵党政府政策监督局主任所扮演的角色。
W: Sila terangkan peranan yang anda mainkan sebagai Ketua Biro Pemantau Dasar Kerajaan.


蔡:你可以说我所扮演的角色是非常有限。有限指的是,尽管身为第二大成员党的第二号人物,但我不担任任何政府职务。身为政府政策监督局主任,我在首三个月非常投入的工作,之后我却发现,这对其他人造成困扰,甚至有人因此对我不表和善,他们认为我这么做是为了自己的议程,所以我想,如果社会喜欢这样,不要别人有批判精神,那么我就须接受我应该淡出的现实。
C: Boleh dikatakan peranan yang saya mainkan terhad. Maksudnya walaupun selaku orang no. 2 di parti komponen ke-2 terbesar, tetapi saya tiada jawatan dalam kerajaan. Selaku ketua biro, saya bekerja keras buat 3 bulan pertama, namun saya dapati ia telah mengundang masalah kepada orang lain sehinggakan ada yang tidak menyukai saya, mereka menganggap saya mempunyai agenda peribadi. Oleh itu saya rasa sekiranya masyarakat tidak menyukai semangat membidas, jadi saya terpaksa menerima hakikat untuk mengundur diri.

那么,现在该局的运作如何?
W: Jadi biro yang anda ketuai itu masih beroperasi ?

我必须承认该局在过去的四个月来并没有运作。
C: Saya terpaksa mengaku biro itu dah tidak beroperasi sejak 4 bulan lalu.

你愿意公开告诉这件事?
W: Anda sanggup ketengahkan perkara ini ?

噢,当然可以,我甚至愿意辞职。我的个性是,如果我无法将被授予的角色扮演好,我情愿,我也非常认真的考虑辞职求去。
C: Sudah pasti, saya juga sanggup letak jawatan. Sikap saya sekiranya saya tidak dapat memainkan peranan yang dipertanggungjawabkan, dengan seriusnya saya sanggup menimbang untuk letak jawatan.

在你看来,该局是否有实在的功用?
W: Pendapatanda, adakah biro itu mempunyai fungsi yang praktik.

如果人们能以开明的思维去接受,该局确实有它的角色和发挥空间。但问题是,当我一开口,人们都说你有个人议程。
C: Sekiranya rakyat menerimanya dengan pemikiran yang terbuka, biro itu semamangnya mempunyai watak serta ruang untuk berfungsi. Masalahnya, orang akan mengatakan bahawa saya beragenda peribadi sewaktu saya bangkitkan sesuatu.

所以问题在于,你在被党内人士观察。
W: Jadi masalahnya adalah anda diperhatikan orang MCA sendiri ?

是的,我不想用尽一生去对抗这种理解,那太无谓了。
C: Ya, saya tidak mahu menghabiskan masa untuk menentang definasi itu, ya mengarut.

除此之外,自中选为署理总会长之后,你觉得如何?
W: Selain itu, apa perasaan anda setelah terpilih Timbalan Presiden ?

非常闲空。我只需要出席会长理事会及中委会会议。迄今,没有人向我咨询任何事情。
C: Amat lapang. Saya cuma perlu menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Presiden dengan Exco. Sehingga hari ini, tiada yang menanyakan sesuatu dari saya.

这让你有何感受?
W: Perasaan anda dengan keadaan ini ?

我不感到沮丧何困扰。我觉得当人家委任你一个“没有角色的角色”时,你就做好“没有角色可演”的角色啦。
C: Saya tidak berasa sedih & bingung. Apabila anda dipertanggungjawabkan satu "peranan yang tidak berperanan", anda harus melaksanakan watak yang "tidak berwatak" itu.

是否有限制加诸在你身上?
W: Mempunyai had/sekatan tambahan ke atas anda ?

chua soi lek pc on ketuanan melayu issue 021208 04没有限制,但所有事都非常微妙。我举个例子:当政府决定在指定的经济领域征收双倍外劳人头税时,你不觉得这件事应该由政府政策监督局处理吗?结果会长理事会议决将它交给公共投诉局处理。我不会为了争取任务而与他们争执。
另一个案例是, 我和我的儿子(智勇)在收购大道的建议书上竭力协助,会长理事会也邀请智勇与会为理事会成员讲解。过后我在想,身为政策监督局主任,我应该会被委予此任研 拟建议书。结果不是,党最终指派其他人接手。所以在原则上,我并无法执行为民请愿的工作,如果人家以非常狡黠及聪明的方法多方阻拦,以便我无法正常的执行 任务,那就让它去吧。
C: Tidak, cuma segalanya agak pelik. Contohnya, apabila Kerajaan mengenakan levi berganda terhadap pekerja asing, tidakkah anda rasa perkara ini harus diuruskan oleh Biro Pemantau Dasar Kerajaan ? Tetapi Jawatankuasa Presiden memutuskan ia diserah kepada Biro Pengaduan Awam. Saya tidak akan berkelahi dengan mereka untuk merebut peranan.
Sementara itu, saya dan anak saya (MP Labis) telah bekerja keras ke atas kertas cadangan kutipan tol lebuhraya, Jawatankuasa Presiden juga menjemput anak saya membentangkan kepada semua AJK. Lepas itu, saya memikirkan bahwa selaku ketua Biro Pemantau Dasar, saya sepatutnya dilantik untuk menyiapkan kertas cadangan itu, namun akhirnya MCA menyerahkannya kepada orang lain. Jadi secara prinsipnya, saya tidak dapat melaksanakan tanggungjawab untuk membela nasib rakyat. Sekiranya ada pihak yang sengaja menghalang dengan taktik jijik dan cerdik, saya tidak dapat melaksanakan tanggungjawab saya. Oleh itu, biarkan sahaja.

由于所发生的种种事故,网上传言你将离开马华。
W: Oleh kerana kejadian2 itu, khabar angin kat internet mengatakan anda akan meninggalkan MCA.

现有许多选项,而离开马华是其中一个,这的确是事实,许多人在私下与我会面,也有许多人要我说服我的儿子辞去国会议员以制造一场补选,尤其是柔佛州,这个长久以来都被公认为国阵堡垒的地区,那或许会是一个很好的试金石。
C: Pilihannya banyak sekarang, antaranya tinggalkan MCA. Itu hakikatnya, ramai telah berbincang dengan saya secara peribadi. Ada juga yang minta saya pujuk anak saya supaya letak jawatan MP bagi adakan PRK khususnya di negeri Johor yang selama ini dianggap kubur kuat BN, ia mungkin boleh jadi medan percubaan.

你对这些建议有何反应?
W: Apakah reaksi anda terhadap cadangan itu ?

我加入马华接近25年,我必须深思熟虑才能作最终的决定。至于我的儿子,我永远让他自行做主,因为有人告诉他,无论他如何勤政爱民,在来届大选都可能不获点名。
C: Saya menyertai MCA dekat 25 tahun, saya perlu memikirkannya secara mendalam sebelum membuat keputusan. Untuk anak saya pula, biarkan dia buat keputusan sendiri. Kerana dia diberitahu betapa rajin kerja pun, kemungkinan besar dia tidak akan dicalonkan pada PRU ke-13.

如果你选择离开,你会选择加入哪个政党?
W: Kalau anda memutuskan untuk keluar parti, parti mana yang anda akan sertai ?

我还没有认真的考虑过这个问题,但选择其实并不多。
C: Saya belum memikirkan soal ini, namun pilihannya pun bukan banyak.

哪一个政党最吸引你?
W: Parti mana yang paling menarik perhatian anda ?

我想都大同小异。当今,除了公正党,就是行动党。
C: Saya rasa lebih-kurang sahaja, kalau bukan PKR, tentunya DAP.

如果你退党,会有多少人会跟随你的脚步?
W: Kalau anda keluar parti, rasanya berapa ramai yang turut ikut ?

不同人有不同想法。有人认为你不该带着一大票人离去。人们相信有些人会想要离去,而有些人会继续留下来以破坏党的机关。你明白政党政治的游戏规律吗?你一旦离开党,你在党内的影响将消失贻尽,所以你必须让一些人继续留守后方,那么当你到那里时才能有一息相连。
C: Yang orang lain pemikirannya. Ada yang berpendapat anda tak patut bawa ramai2, ada yang percaya pasti ada sebahagian yang ikut keluar. Ada juga yang kekal bagi merosakkan jentera parti. Anda faham akan peraturan permainan politik ? Sekiranya anda keluar parti, pengaruh anda dalam parti akan lenyap. Oleh itu anda harus mengekalkan sebilangan orang dalam parti, agar masih mempunyai perhubungan.

这项献议提出多久了?
C: Tawaran itu dah berapa lama ?

噢,很久了,在光碟事件及我获选为署理总会长之后,都有人接触我,近来更甚。
C: Oh....sudah lama. Sewaktu skandal sex dan setelah terpilihnya sebagai Timbalan Presiden. Ada sahaja yang menghubungi saya, sejak akhir ini lagi kerap.

为何近来更甚?
W: Kenapa sejak akhir ni lagi kerap ?

或许他们认为我会因为不满而跳槽。然而,我绝不会因为不满或不高兴而跳槽,我也不认为我会这么做,除非我发觉已无具有意义的角色供我扮演,我才会跳槽。
C: Mungkin mereka merasakan saya akan lompat parti kerana tak puas hati, namun saya tak akan lompat parti kerana tak puas hati. Saya rasa saya tak akan buat begitu, melainkan saya dapati sudah tiada peranan untuk saya berbakti dalam parti, saya akan lompat parti.

那已经发生了吗?
W: Apakah itu dah terjadi ?

我可以看到已经逐渐成型。
C: Dah nampak semakin terjadi.

所以你会继续等它到达一定的顶限?
W: Jadi anda akan menunggu sehingga ianya sampai ke kemuncak ?

那是一个任何人所能忍耐的极限。
C: Setiap orang mempunyai tahap kesabarannya.

现在已到什么程度?
W: Sudah sampai tahap mana dah ?

我不知道,它不像世卫组织的传染病扩散指标,有第一级到第六级。
C: Saya tak tahu, ia bukan macam penyakit jangkitan, yang mempunyai tahap 1 hingga tahap 6.

你说有反对党接触你?
W: Anda kata parti pembangkang menghubungi anda ?

是的,的确。
C: Ya, betul.

你能告诉我们是谁吗?
W: Boleh diberitahu siapa dia ?

不,我不会指名道姓,那是在彼此互信的原则下进行的。人们都知道我是守诺及绝不出卖人。
C: Tidak, saya tak boleh menyebut namanya, ini kerana perjumpaan itu dibuat atas persetujuan 2 pihak. Rakyat tahu saya berpegang kepada janji dan tak akan jadi pembelot.

你对此事非常公开,你是否想传达某些信息?
W: Anda bersikap terbuka terhadap perkara ini, apakah anda mahu menyampaikan sesuatu ?

我一向都这么坦荡,处理个人生活也如此。
C: Itu sikap saya, cara saya uruskan hal peribadi pun begitu.

连总会长也知道你可能会离开马华?
W: Apakah Presiden parti tahu yang anda mungkin keluar parti?

我不知道。
C: Saya tak tahu.

你和他关系如何?
W: Apakah perhubungan anda dengannya.

我们有“开会”的关系,工作上的关系,仅此而已。我们的讨论建立在“需要”的基础上,在会议上我也只在需要时才作声,我不是善于阿谀奉承的人,主动讨好及涂脂抹粉不是我的个性。不,我不在行。
C: Kami mempunyai hubungan 'bermesyuarat', hubungan kerja, itu sahaja. Perbincangan kami terbina atas 'keperluan', saya akan bersuara dalam mesyuarat apabila perlu. Saya tak pandai nak bodek, itu bukan sikap saya.

你何时会对是否退党作出决定?
W: Bilakah anda akan buat keputusan keluar parti ?

当时机合适。
C: Bila sesuai waktunya.

有什么必须的因素?
W: Mempunyai kriteria tertentu ?

噢,太多了。其中一个是,如果我感觉到自己已无法为党作出有意义的贡献时,为何我还要枯坐暖席?
C: Oh...banyak. Antaranya, kalau saya rasa diri saya dah tak boleh berkorban untuk parti, mengapa harus saya duduk dan tunggu ?

但是就目前看来,你已是在枯坐暖席了。
W: Namun keadaan semasa, anda sudah duduk dan tunggu.

那是因为在补选期间我必些扮演某些角色。身为党的一员,当党需要我们贡献时,我就必须去做。过去有那么多场补选,如果我跳槽,人家会认为我只是一个机会主义者。
C: Ini kerana saya harus berperanan sewaktu PRK. Sebagai seorang ahli parti, saya harus berperanan apabila diperlukan untuk berkorban. Sejak akhir ni kan banyak PRK, saya akan dikutuk sebagai 'opportunist' kalau saya lompat parti.

那么,那会在本南地补选协助国阵.....
W: Jadi anda akan turut serta dalam PRK Penanti ?

应该这么说,如果有补选,我至少不该做任何滋扰国阵的事。
C: Rasanya begitulah, sekiranya ada PRK, sekurang-kurangnya saya tidak harus melakukan perkara yang merisuakan BN.

听起来,你仍然忠于国阵,却有意过户另一边。
W: Rasanya anda masih setia bersama BN, namun berfikiran hendak melompat parti.

确实有人献议我跳槽,我不会否认,因为在不久的将来,事情将会浮上台面。
C: Memang ada yang menawarkan saya melompat parti, saya takkan nafikannya. Perkara itu akan timbul di atas meja tak lama kelak.

所以你在考量....
W: jadi anda sedang pertimbangkan........

这是我在过去20多年来奉献心力的政党,就像是一个婚姻,有些婚姻无法维持25年。自1985开始,我已是峇株巴辖的区会主席。
C: Ini parti yang saya berbakti selama 20 tahun, macam satu perkahwinan, ada yang tak kekal 25 tahun. Saya merupakan Pengerusi Bahagian batu Pahat sejak 1985 lagi.

你会为了没有可扮演的角色而离开马华及国阵?
W: Apakah anda akan meninggalkan MCA & BN atas sebab tidak berperanan lagi ?

当你来到一个十字路口,你必须决定向左走、向右走,或者趋直向前。
C: Apabila anda berada di persimpangan jalan, anda harus buat keputusan samada belok kanan, kiri atau terus jalan.

你若有退党的决定,是纯粹因你个人或与国阵有关?
W: Kalau anda memutuskan untuk keluar parti, atas sebab peribadi atau BN ?

那不是我一个人的事,我能有多少斤两?也许在党和国阵里面,有人会说“终于打发这个眼中钉”。他们可能认为我是一个包袱,正如某些马华中人所想的。去年党选后,一个名为马华廉正监督小组的组织就曾在我中选后,力促我下台了。
C: Itu bukan hal peribadi saya, saya tak penting. Mungkin ada yang dalam MCA & BN akan berkata akhirnya dia keluar juga. Pada mereka saya ni beban. Setelah pemilihan parti tahun lepas, salah seorang ahli Biro Pemantau Ketulusan pernah menggesa saya letak jawatan.

如果你选择离开,是否表示你认为自己在别处能以更有效身份职位继续服务社会呢?
W: Sekiranya anda memilih untuk keluar parti, apakah ia menandakan bahawa anda akan dapat berperanan dengan lebih berkesan di tempat lain untuk terus berkhidmat bagi masyarakat ?

我从1980年起一路走来都是一名政治工作者,至今我依然热衷于服务。如果我无法找到有意义的角色,我便得另行寻找不同的平台,就这么简单。
C: Saya memang merupakan seorang ahli politik sejak 1980 lagi, sehingga hari ini pun saya masih bersemangat. Sekiranya saya tidak mempunyai peranan yang bermakna, maka saya harus mencari platform lain, itu sahaja.

不是因为你被边缘化?
W: Bukan atas sebab anda dipinggirkan ?

不。当我胜选重回党的政治舞台,我从未说过我要当部长,那只是中文报章的炒作。我只说无论我在名单内与否,我要总会长坦诚相告,因为我向来坦诚待人。
C: Tidak, Setelah saya menang dan kembali ke pentas politik, saya tidak pernah menyatakan bahawa saya mahu jadi menteri. Itu angkara media Cina, Saya cuma mengatakan tidak kira samada saya tersenarai, saya akan setia bersama Presiden, ini kerana saya memang ikhlas terhadap sesiapapun.

Itulah Sebabnya BN Menang di Batang Ai

LUBOK ANTU, 4 April (SK) : Suruhanjaya Badan Pemerhati Bebas Pilihanraya (Mafrel) melaporkan bahawa beberapa ‘Rumah Tuai’ (ketua rumah panjang) telah dicolek dan dibawa ke Hotel Hilton bertaraf lima bintang di Batang Ai dan diberi layanan istimewa serta wang saku sebanyak RM1,000 seorang.

Separuh dari mereka memilih percutian berbayar ke bandaraya Kuching untuk bersiar-siar dan bersantai di sana.

“Dalam permerhatin kami, ini dilihat seperti merasuah dan politik wang oleh kerajaan Barisan Nasional telah menular Dun N29 Batang Ai ini,” kata seorang pemerhati kepada laman blog The Broken Shield hari ini.

“Seperti yang kami jangkakan, menteri BN tanpa segan silu menghamburkan ‘projek mee segera’ kepada hampir 121 rumah panjang di Batang Ai ini. Apa yang kami dapat katakan ini adalah satu rasuah terang-terangan oleh menteri BN,” jelas pemerhati tersebut.

Menurut pemerhati tersebut, mafrel mempunyai banyak bukti untuk mengukuhkan dakwaan ini, terpulang kepada pihak ibupejabat untuk mengumumkan perlakuan rasuah tersebut,” jelas beliau lagi.

Perkataan ‘Bersih, Telus dan Pilihanraya Bebas’ sudah tidak ujud lagi di Dun N29 Batang Ai ini.

“Kami berani menyatakan bahawa pilihanraya kecil Batang Ai kini sudah dicemari rasuah dan yang piling tidak adil dalam sejarah pilihanraya kecil di Malaysia,” tegas pemerhati Mafrel itu dengan nada kesal.

Sementara itu, hasil dari laporan unit pamantauan kami ini menyatakan bahawa kempen BN juga telah melanggar syarat akta kempen pilihanraya kecil dimana mereka telah memasang bendera BN di tempat-tempat yang di larang seperti di atas jambatan.

“Kami juga menerima banyak laporan bahawa penyokong Bn telah membuang dan manarik turun bendera KeADILan di pintu masuk beberapa rumah panjang,”jelas beliau.

Mafrel juga merakamkan ceramah menteri-menteri BN termasuk Alfred Jabu, Masing, Awang Tengah, Awang Asfia, Joseph Salang, Entulu, Gramong Juna dan lain-lain telah mengugut pengundi dengan ugutan untuk memberi tekanan kepada mereka yang tidak mengundi BN.

Ada "Hantu" DI Batang Ai !!!

LUBOK ANTU 4 April (SK) : Suruhanjaya badan pemerhati bebas pilihanraya (Mafrel) telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa terdapat beberapa pengundi yang telah mati tetapi hidup kembali di Dun N29 Batang Ai.

Kes pertama: Batu nesan Dayang Utat Binti Kamaruden (1898-1981) yang bertulis dengan huruf jawi antara pengundi yang tertua di sini. Beliau memegang nombor mykad 981231-13-0146 yang di lahirkan pada tahun 1898, 111 tahun lalu dan telah disahkan meninggal dunia pada 29 Mei 1981. Allahyarham telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Ulu Sri Aman.

Yang menghairankan ialah nama Dayang Utat masih terdapat dalam senarai pengundi di Dun N29 Batang Ai dan nama beliau sekarang ialah ‘Dayang Bt Abg Kam’ didaftarkan pada 5 Februari 2008 dangan kedua-dua nama berkenaan tercatat dalam daftar pengundi mengunakan nombor mykad yang sama.

Kes kedua: Timah ak Ambal (1900-?) Menurut anak saudara Timah iaitu Tay Chow Ming menyatakan bahawa Timah yang memegang Mykat bernombor 001231-50-5984 dilahirkan pada tahun 1900 dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Cina bersebelahan kubur suaminya yang terletak dibelakang Bazar Lubok Antu.

Tanah perkuburan yang ditandakan dengan cara tradisional Tajau (buyong) berserta gong untuk menandakan bubur orang Iban di dalam perkarangan tanah perkuburan orang Cina. Mendiang juga memegang nombor Mykad 001231-50-5984.

Kes ketiga: David Aling ak Usit(1942-2007) yang dilahirkan pada 1942 danmeninggal pada tahun 2007 namun hantu beliau masih dapat menggundi kerana nama beliau masih di dalam senarai pengundi di Batang Ai.

“Ini menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak langsung mengeluarkan data pengundi yang telah meninggal dunia tetapi sebaliknya mengemaskinikan nombor Mykad 10-digit dalam rekod data pengundi,” jelas koordinator sukarelawan Mafrel di Batang Ai Peter John Jaban.

Walaupun Mafrel telah mengumumkan pada pilihanraya umum tahun 2008 bahawa seorang pengundi yang berumur 108 tahun telah disahkan meninggal dunia namun pihak SPR masih tidak mengambil sebarang inisiatif untuk menyemak danmengeluarkan nama dalam rekod pendaftaran pengundi.

“Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini telah menyalahgunakan perkhidmatan e-tadbir untuk menipu data sebagai pengundi hantu, ” jelas Peter lagi

“Peliknya JPN dan SPR menjadi terlalu cekap dalam mengemaskinikan nombor Mykat kepada yang telah meninggal dunia lama sebelum kad berkenaan diperkenalakan kepada orang awam,”jelas Peter.

本南地补选冲击槟州两派斗争 清流派要靠曼梳“净化”公正党

对于外界人士来说,本南地补选或是一场无关紧要的选战,因为他们一致看好人民公正党能轻松守土,然而对于党内人士尤其是槟州公正党来说,这场补选却是牵一发动全身,足以冲击党内两大派系的权力平衡,让暗流汹涌的派系斗争进一步白热化。

penanti by election pkr candidate dr mansor othman nomination 290409 02槟 州公正党目前分为两大派系,一是由前社运人士组成,在1998年烈火莫熄政改运动时协助创立公正党,具有较浓厚理想主义色彩的“清流派”;二是同样在烈火 莫熄时期参与创党,不过却是从巫统过档的政治人物,加上后期跳槽公正党的前国阵领袖所组成的“前国阵派”。他们擅于派系运作,被指继承国阵的旧政治模式, 是目前掌握大权的主流派。

这两个派系,都对本南地州议席虎视眈眈,因为中选本南地州议员就有望官拜第一副首席部长,这是公正党在槟州民联政府内最高的官职,所掌握的政治资源与优势不在话下。

在公正党正式公布候选人之前,机会最高的两名人选是公正党槟州主席兼峇央峇鲁区国会议员再林,以及最后成功出线的槟州署理主席曼梳。虽然两人同样出身巫统,不过再林却是槟州公正党“前国阵派”的领头羊,曼梳则被视为“清流派”领袖。

虽然曼梳曾出任安华任职副首相时的政治秘书,不过其巫统色彩不浓。他拥有三个硕士学位,也曾任理大副教授,属于学者型政治领袖。

“前国阵派”掌握资源分猪肉

“清流派”指出,民联在去年执政槟州后,由于33岁的原任本南地州议员兼副首长法鲁斯政治经验尚浅,再林所领导的“前国阵派”成功与首长林冠英配搭,掌握州政府资源,逐步部署本身人马进入官联机构与地方政府要职,尤其是与土地、建筑和发展有关的部门。

lim boo chang最招致“清流派”基层不满的,就是从民政、马华再到公正党“三级跳”的林武灿(左图),在入党不及1年后就受委槟岛市议员,一举越过许多创党老将。

一名槟州“清流派”领袖形容,这是一种效仿巫统旧政治的“分猪肉”陋习,通过利益分配来巩固政治势力。

“他们把污秽的生命力放入槟州公正党脆弱的躯体,槟州人民最大的担忧,就是这些‘小巫统’将把整个槟州弄得乌烟瘴气。”

安华选择曼梳来制衡再林?

penanti by election pkr candidate dr mansor othman nomination 290409 06随着法鲁斯自称遭党内人士陷害而被迫黯然下台后,“前国阵派”等于扫除多一项障碍,不过其势力是否能进一步扩张,则胥视谁人能接任法鲁斯腾空的副首长一职。

因此,在法鲁斯还未辞去州议员职制造补选之前,这边厢就传出另一名“前国阵派”大将—公正党槟州行政议员阿都马烈可能接任的消息;另一边厢由再林主导的槟州公正党则提名曼梳出任上议员,被视为是“先发制人”截断曼梳上阵本南地的机会。

然而安华最后却选择委派曼梳上阵,而且让他在中选后出任副首长。“请流派”解读安华下这步棋的目的,是要避免“前国阵派”的势力进一步膨胀,要借曼梳来发挥制衡的效果。

担忧曼梳软弱步法鲁斯后尘

目前曼梳已成为“清流派”的新希望,冀望他上任副首长后能拨乱反正,甚至推动槟州公正党内部“自我净化”。

penanti by election pkr candidate dr mansor othman nomination 290409 03不 过“清流派”担心,学者型的曼梳难以抵御再林的强势领导,在受到“前国阵派”的压力时恐会把持不足,在最后关头摇摆,成为另一个法鲁斯。曼梳曾在1999 至2006年之间出任槟州主席,不过却被指因为领导无力,导致该党在2004年大选全军覆没仅剩峇东埔国席,而将领导棒子交给再林。

无论如何,近几年来因遭边缘化而逐步凝聚起来的“清流派”,仍然会在补选中倾全力拉票,确保曼梳漂亮胜出,也会在他入阁后极力辅佐他。

两派抢夺华裔总协调的位子

另外,由于本南地属于安华老巢峇东埔国席底下的州议席之一,而且公正党已决定将原定明年的党选提前至今年杪举行,因此本南地补选已成为党领袖争取表现,“作秀”给安华看的最佳机会。

chen fu liang而本南地补选委员会华裔总协调这个“非正式”职位,已成为两派人马争取的下一个目标,其中可能出任此职的包括槟州议会副议长兼马章武莫州议员陈福良(左图)、全国最高理事谢嘉平、行政议员刘子健,以及高渊国会议员陈智铭。

刘子健与谢嘉平被归类为“清流派”,前者曾出任峇东埔补选华裔总协调,但是却在今年1月被再林撤换掉槟州署理主席的职位;谢嘉平目前则没有担任任何的官职。

cheah kah peng不过谢嘉平(左图)接受《当今大马》电询时表示,该党全国策略主任蔡添强曾向他提过,由他出任总协调,不过至今该党仍未作出正式决定。

陈智铭被委托备战砂州选举

被归类为“前国阵派”的陈智铭在受访时则否认有意出任总协调,也认为党领导层不会安排他领军,因为安华在今年2月初已委派他协助砂州公正党备战州选。

他透露,本身的任务是安排公正党国州议员领养砂拉越各州选区,收集他们的每月选区工作报告,整理后再交给最高领导层。

chen zhi ming陈智铭(左图)是从民政党跳槽至公正党,他在今年1月的槟州公正党改组中受到重用,受委为槟州宣传主任。

陈福良或将成为折衷的人选

党内消息指出,陈福良可能是党领导层最后的折衷人选,虽然他同样从马华过档公正党,但是其派系色彩较淡,也是槟州公正党党职最高的华裔领袖,在1月的改组中受委州署理主席。

无论如何,党内人士相信党内的派系倾轧不会导致本南地补选出现抽后腿现象,这是因为曼梳是安华的属意人选,加上本南地位于安华坐镇的峇东埔国席,若有任何人倒戈相向影响大局,安华都不会加以“轻饶”。

不过槟州公正党内斗不会因此而平息,随着曼梳即将官拜槟州副首长,“清流派”拿下该党在州政府的最高官职,权力版图将会重新洗牌,恐怕会届时将引发更激烈党争。

然而就象一名“清流派”领袖所说,槟州公正党宁可经历一番党内斗争清理门户“自我净化”的痛苦过程,也不要逐渐腐化沦落为另一个国阵。