Tuesday, April 13, 2010

Zaid Ibrahim, Calon Pakatan Rakyat pada PRK Hulu Selangor

Pimpinan Tertinggi PKR hari memutuskan untuk memilih Dato' Zaid Ibrahim sebagai calon bagi Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.


Biro Politik PKR yang bermesyuarat din kediaman DSAI pagi tadi telah membuat keputusan itu setelah mempertimbangkan segala aspek termasuk aspek calon BN yang diwar-warkan akan meletakkan timbalan president MIC, G.Palanivel.

Menurut sumber, keputusan Biro Politik PKR itu kerana beliau membawa peluang yang terbaik untuk memenangi PRK Hulu Selangor.

Pengumuman rasmi Zaid selaku calon dijadualkan pada malam ini oleh DSAI di ceramah dekat Serendah.

Saturday, April 3, 2010

Gugurkan kes liwat Anwar, Kesatuan Inter-Parlimen

Kes liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Anwar Ibrahim kini mendapat perhatian Kesatuan Inter-Parlimen (Inter-Parliament Union, IPU), yang mengusulkan tujuh resolusi, termasuk menggugurkan kes ini dan melantik pemantau untuk menghadiri perbicaraan seterusnya.

Jawatankuasa Hak-hak Asasi Manusia dari Perhimpunan Antara Ahli-Ahli Parlimen Sedunia membuat pengumuman dalam perhimpunan yang diadakan di Bangkok, Thailand semalam, bahawa mereka sebulat suara mengusulkan resolusi ini kepada Governing Council.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, iaitu Ketua Pembangkang Dewan Senat Filipina, Senator Aquilino Q Pimentel, Jr berkata, "Memandangkan kes liwat Anwar (gambar kiri) baru-baru ini dikritik secara umum sebagai cubaan untuk memusnahkan kerjaya politiknya", maka jawatankuasa ini mengusulkan:

Pertama, memberi prihatin terhadap tuduhan dan perbicaraan kes liwat yang baru, yang mana kelihatan sarat dengan "kecacatan" sebagaimana yang berlaku dalam kes liwat pertamanya beberapa tahun lalu, namun beliau telah dibebaskan kerana tidak bersalah;

Keduanya, dalam keadaan di mana dua laporan perubatan telah menunjukkan bahawa tiada kesan "tusukan" (penetration), maka ia tidak seharusnya dituduh sebermulanya, dan harus digugurkan sekarang;

Ketiganya, anggota barisan pendakwa raya dalam kes liwat yang pertama, iaitu Abdul Gani Patail (gambar kanan) yang dituduh mereka bukti palsu untuk menganiaya Anwar, kini terlibat dalam kes liwat yang kedua. Malah, barisan peguam pembela Anwar Ibrahim dilarang untuk mendapatkan bahan bukti, menyebabkan mereka gagal membuat persediaan untuk pembelaan;

Keempatnya, dalam kes ini, kedua-dua pihak mempunyai hak yang sama rata. Pembelaan dalam perbicaraan yang adil amat penting. Seandainya pembela tidak diberi ruang untuk menggunakan haknya, maka apa-apapun penghakiman adalah cacat.

Kelimanya, meminta agar Setiausaha mengaturkan agar pemantau menghadiri perbicaraan seterusnya.

Keenam, meminta agar Setiausaha menghubungi pihak parlimen Malaysia;

Ketujuh, menyeru agar jawatankuasa ini meneruskan siasatan kes ini, malah mengemukakan laporan dalam persidangan mesyuarat ke-123 yang akan diadakan pada Oktober tahun ini.

Tiga orang ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menghadiri mesyuarat ke-122 ini adalah Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan-PKR), Sim Tong Him (Kota Melaka-DAP) dan Senator Mumtaz bt Md.Nawi (PAS). Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari pejabat Hee Loy Sian, kesemua perwakilan meluluskan resolusi yang diusulkan di atas, dengan pendirian "reserved" Malaysia turut dicatatkan.

IPU ditubuhkan pada tahun 1889, adalah sebuah badan antarabangsa yang berpusat di Geneva, Switzerland, dengan matlamat untuk menjalin hubungan antara parlimen sedunia ke arah demokrasi dan keamanan.

Negara Barat menyokong Anwar

Pada 11 Februari 2010, lebih daripada 50 orang ahli parlimen dan Senator di Australia telah menulis surat untuk meminta supaya institusi kehakiman Malaysia menggugurkan kes liwat Anwar.

Selepas itu, John Kerry, Pengerusi Senate Foreign Relations Committee, Amerika Syarikat juga mengeluarkan kenyataan, menggesa agar Malaysia memberi perbicaraan yang adil kepada Anwar Ibrahim. Beliau berkata, "Saya menyeru kerajaan Malaysia, terutamanya Perdana Menteri Najib untuk memastikan perbicaraan dan penghakiman yang adil terhadap Anwar."

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Negara Luar Australia, Michael Danby turut menuduh bahawa institusi kehakiman telah dipergunakan untuk mengusir Anwar dari politik, malah menganggap tuduhan ini mengejutkan pendukung demokrasi Asia, kerana semua orang Malaysia dan pakar undang-undang mengetahui bahawa Anwar tidak bersalah.

Selain itu, bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin juga bersuara untuk membela Anwar. Kelantangan suara masyarakat antarabangsa telah menambah tekanan kepada kerajaan Najib.

委任观察员聆听安华审讯 全球国会联盟吁撤肛交案

文自独立新闻在线。

国会在野党领袖安华依布拉欣所涉及的肛交案不但获得美澳关注,如今更获得全球性的国会联盟(IPU)声援,向联盟理事会建议七项议案,包括要求撤销此案及委任观察员出席接下来的审讯。

国会联盟的国会议员人权委员会(Committee of IPU On the Human Rights of Parliamentarians)在昨天于泰国曼谷举行的国会联盟会议上宣布,他们一致决定针对安华肛交案向国会联盟理事会(Governing Council)提出建议。

国会议员人权委员会主席菲律宾参议院在野党领袖皮门特(Senator Aquilino Q Pimentel, Jr)说“考虑到安华最近的肛交诉讼案,广遭批判为意图破坏安华的政治生涯”,因此,向理事会提出下列议案:

(一)高度关注安华所面对的新一起肛交案控诉和审讯,此案漏洞重重,就跟数年前他已被判无罪的首次肛交案一样;

(二)相信在两份医药报告显示出,没有“插入”(penetration)体征的情况之下,不应该提出控诉,而现在更应该撤销此案;

(三)涉及首宗肛交案审讯的检控团成员,即曾被指控为捏造证据陷害安华、当时的主控官而现任总检察长阿都干尼(Abdul Gani Patail),再度涉及第二宗审讯,而安华辩护律师团则被禁止取得有关证据以准备辩护;

(四)在此提醒诉讼案中双方的平等权利,公平审讯中的辩护很重要,而若无法让辩方履行其权利,那法庭的任何裁决基本上都存有瑕疵;

(五)要求总秘书做出必要的安排,以确保有审讯观察员出席接下来的审讯;

(六)要求总秘书联络马来西亚国会当局;

(七)请求给于委员会继续调查这起案件,并在今年10月份举行的第123届国会联盟会议中提出报告。

出席第122届国会联盟会议的三名民联国会议员联署发表文告,他们是公正党八打灵再也南区(Petaling Jaya Selatan)国会议员许来贤、行动党马六甲市(Kota Melaka)国会议员沈同钦,以及回教党上议员孟塔兹(Mumtaz Md Nawi)。

所有出席会议的代表都支持上述所有议案,只有马来西亚保留看法。全球共有145个国家的国会议员出席这场盛会。

国会联盟(Inter-Parliamentary Union)成立于1889年,是全球国会的国际性组织,总部位于瑞士日内瓦,其宗旨为各国议会间搭起沟通的桥梁,促进民主及和平。

西方多国声援安华

今年2月11日,超过50名澳洲国会议员和上议员呈交一封联署信函给马来西亚驻澳洲最高专员,要求马来西亚司法机构撤销对安华肛交案的检控。

过后,美国参议院外交委员会主席约翰克里(John Kerry)也发表声明,促马来西亚给予安华公平的审讯。他说:“我呼吁马来西亚政府,特别是首相纳吉确保针对前首相安华展开的法律程序公平和无私的裁决。”

澳洲国会外交事务委员会主席迈克丹比(Michael Danby)早前亦出奇地指摘马来西亚的司法系统被利用以将安华驱离政治,且说这项提控令亚洲的民主派大吃一惊,每一个马来西亚人和每个国际法律界的人士都知道安华是清白的。

此外,前加拿大总理保罗马丁(Paul Martin)亦就安华肛交案呛声,显见纳吉政府在这起案件中面对了极大的国际压力。

Thursday, April 1, 2010

Melayu korban ? Cina korban ? India korban ? Siapa dapat lebih ?

Dalam satu temubual bersama Al-jazeera, Racist Melayu, Ibrahim Ali dengan biadapnya mengeluarkan cakap-cakap kotor "Don't talk Shit" sebanyak 3 kali bagi menolak komen rakyat Malaysia yang berkaum Cina yang mendakwa mereka dipinggirkan atas dasar ketidaksaksamaan & ketidakadilan kerajaan.

Saya bersetuju dengan dakwaan Ibrahim Ali bahawa orang Melayu telah banyak berkorban ke atas bebefits yang sepatutnya mereka dapat. Kalau kita tanya kaum Cina & India, mereka juga berpendapat bahawa mereka juga banyak bertolak-ansur dan berkorban ke atas benefits yang mereka layak perolehi selaku seorang rakyat Malaysia.

Soalnya sekarang, masing-masing telah banyak berkorban ke atas benefits yang sepatutnya mereka perolehi. Jadi siapa sebenarnya yang memperolehi serta menyamun dan ragut harta negara ???

JAWAPANNYA : UMNO DAN BN