Tuesday, March 31, 2009

Ceramah DSAI pada Kempen PRK

Program DSAI di Bukit Selambau 31 Mac 2009:

Tempat: JDM Bukit Rusa, Bukit Selambau

Masa: Jam 10 Malam

Hubungi: Sdr. Saiful Izham 012 321 1162


Program DSAI di Batang Ai 1hb April 2009:

4.30 PM: Rumah Panjang Lubok Subong

7.00 PM: Solat Maghrib di Masjid Kg Melayu

8.00-9.00 PM: Lawatan Rumah Panjang (akan ditentukan kemudian)

10 malam: Ceramah perdana di Lubok Antu

Untuk dihubungi: Sdr Hasrul Muhaimin Hasbi 012 2239 738


Program DSAI 2 April 2009 (Bukit Gantang)

8 malam:Ceramah di Markaz Trong

10 malam: Ceramah di Markaz Sungai Tinggi


Program DSAI 5 April 2009 (Bukit Gantang)

9-11 pagi: Prog bersama YB Nizar

11pg -1 tghari: Dialog dengan Warga Guru

1-2 ptg: Jamuan Rakyat di DUN Sepetang (tempat akan di tentukan kemudian)

2-5 ptg:Rehat/meeting dgn Petugas

5-7ptg:Hi-Tea di DUN Changkat Jering

7.30 -8.30 mlm: Tazkirah (Surau/Masjid akan ditentukan)

9 - 11 mlm - 2: Ceramah Perdana

Untuk dihubungi: Hj Ismail 012 508 0344

Monday, March 30, 2009

DSAI's PRK CampaignTrail

After a 3 days journey to Manama, Bahrain, for the annual Al-Barakah banking group’s ‘Islamic Banking Conference’ and then stopped in Abu Dhabi in the United Arab Emirates, for discussions on global economic problems; DSAI is currently in Bangkok, delivering a keynote lecture entitled ‘Global Economic Crisis and the Future of Asean’ at the prestigious Chulalongkorn University.

After return from abroad, he's scheduled to start his PRK campaign as below :

31.03.09 - Bukit Selambau

01.04.09 - Batang Ai

02.04.09 - Bukit Gantang

03.04.09 - Bukit Selambau

04.04.09 - Batang Ai

05.04.09 - Bukit Gantang

06.04.09 - Bukit Selambau

Sunday, March 29, 2009

Sejarah: 15 calon rebut Bkt Selambau!

kemaskini 12.36pm Tiga pilihanraya kecil berjalan serentak hari ini bagi kawasan-kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Penamaan calon yang bermula jam 9 pagi tadi telah disahkan selepas lima bantahan ditolak di ketiga-tiga kawasan tersebut.

bukit gantang by election nomination day 290309 01Di Bukit Gantang, calon BN Ismail Safian (Umno) berdepan dengan calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Seramai 55,562 pemilih akan menentukan pertarungan sengit antara BN dan PAS - yang dianggap "pungutan suara" terhadap kepemimpinan baru kerajaan bawah Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kuasa kontroversi di Perak sewaktu Mohamad Nizar mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat.

Kekosongan kerusi PAS ini akibat kematian wakil rakyatnya Roslan Shaharum tidak lama selepas kemuncak krisis politik tersebut awal bulan lalu.

bukit gantang by election nomination day 290309 06Di Batang Ai, calon BN Malcolm Mussen Lamoh (PRS) dicabar calon PKR Jawah Gerang.

Calon bebas Johnny Chuat menarik diri daripada penamaan calon dan didakwa menyokong calon PKR.

Seramai 8,006 pemilih akan menentukan nasib kedua-dua calon ini. Kerusi Batang Ai dikuasai BN sebelum penyandangnya Datuk Dublin Unting meninggal dunia.

Di Bukit Selambau, calon-calon BN Datuk S Ganesan (MIC) dan PKR S Manikumar dihimpit 13 calon bebas yang telah menyerahkan borang pencalonan.

Calon-calon bebas: L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.

bukit selambau by election nomination day crowd shots 290309 07Kerusi DUN ini kosong susulan peletakan jawatan wakil rakyat PKR V Arumugam, yang juga exco kerajaan Kedah.

Arumugam asalnya menang atas tiket bebas tetapi kemudian memilih parti itu sebelum dilantik menyertai majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Tempoh penyerahan borang selama sejam tamat jam 10 pagi dan tempoh bantahan tamat sejam kemudian.

Tiada bantahan dibuat di pusat penamaan calon Bukit Selambau di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani - menjadikan 15 calon semuanya cuba memenangi hati lebih 35,000 pengundi DUN tersebut.

Naib Presiden PKR Azmin Ali yakin kehadiran begitu ramai calon bebas tidak akan menggugat partinya dalam usaha mempertahankan kerusi tersebut.

Ketiga-tiga pilihanraya ini diadakan serentak pada 7 April ini.

Saturday, March 28, 2009

Bukit Selambau : 1000 petugas dijadual tiba hari ini

Kira-kira 1000 petugas parti yang berkhidmat sebagai jentera kempen Pakatan Rakyat akan tiba di Bukit Selambau hari ini.

Petugas berkenaan akan ditugaskan di lokasi daerah mengundi di kawasan Bukit Selambau seperti yang telah dibahagikan mengikut negeri masing-masing.

Setakat ini mengikut laporan yang diterima oleh Suara Keadilan online, delegasi dari Melaka, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan telah tiba di Bukit Selambau serta telah membuka bilik gerakan.

Manakala lain-lain negeri akan dijadual tiba petang ini seterusnya akan memulakan operasi bilik gerakan mereka.

Sementara itu, Bilik Gerakan Utama Pilihanraya Kecik Bukit Selambau di Taman Tengku Hamidah di Jalan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petaniakan memulakan operasinya selama 24 jam mulai hari ini.

Friday, March 27, 2009

JADUAL PROGRAM KETUA UMUM KEADILAN ANWAR IBRAHIM

Tarikh : 27/03/09
Tempat : Masjid Taman Ria (solat jumaat) Masa: Waktu Zohor
Hubungi : Sdr Saiful Izham 012 3211162
Tarikh : 27/03/09
Tempat : Menziarahi mangsa keganasan FRU (Hospital Metro Sg Petani)
Masa : Jam 3 petang
Hubungi : Sdr Saiful Izham 012 3211162


JADUAL CERAMAH KEMPEN PRK N 25 BUKIT SELAMBAU
Tarikh : 27/3/09 (Jumaat)
Tempat : Markas Pas Zon Mawar
Waktu : 9.00 Malam
Pencramah : Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz OmarUstaz Nasir ZakariaNik Nazmi Nik Salleh


Tarikh : 29/3/09 (Ahad)
Tempat : Taman Peruda Sungai Petani
Waktu : 9.00 Malam
Penceramah : Taib AzamuddinUstazah Aisyah

Thursday, March 26, 2009

Lawatan Dato' Seri Anwar di Bukit Selambau

Seri lawatan DSAI di sekitar Bukit Selambau :

Tarikh : 26/03/09
Tempat: Bukit Selambau, bertemu jentera pengundi di lokaliti Taman Bandar Baru
Masa : Jam 9 malam
Contact Person: Steven (012-500 9088)


Tarikh : 27/03/09
Tempat: Masjid Taman Ria (solat jumaat)
Masa: Waktu Zohor
Contact Person: Steven (012-500 9088)


Tarikh : 27/03/09
Tempat: Menziarahi mangsa keganasan FRU (Hospital Metro Sg Petani)
Masa: Jam 3 petang
Contact Person: Steven (012 2962642)

Monday, March 23, 2009

Harakah, Rocket & Suara Keadilan digantung 3 Bulan - Kebebasan Media Malaysia Terbantut !


Dengan pergantungan 3 bulan terhadap Harakah. Rocket dan Suara Keadilan oleh Kementerian Dalam Negeri, terbukti jelas Umno-BN masih belum sedar dan saya rasa mereka tidak akan sedar setelah PRU ke-12 yang menunjukkan kebangkitan rakyat menafikan majoriti 2/3 Umno-BN.

Sebenarnya tujua pergantungan itu adalah untuk menyekat pengedaran maklumat-maklumat berhubung isu-isu terbaru yang berkaitan dengan PRK Bukit Selambau, Bukit Gantang & Batang Ai serta Pemilihan Parti Umno. Juga ditakuti oleh Najib adalah berita-berita negatifnya disiarkan sewaktu perlantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia oleh Yang Dipertua Agong pada awal April.

Umno-BN takut akan kekalahan akan mereka alami di ketiga-tiga PRK itu. Oleh itu, sekali lagi taktik yang tidak bertamadun dipakai oleh Umno-BN dengan tujuan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat pada PRK.

Pergantungan itu berkuat-kuasa serta merta dan akan berakhir pada 22 Jun.

Sunday, March 22, 2009

Perasmian Jentera Pemuda Kempen PRK B.Selambau Pakatan Rakyat

Perasmian jentera Pemuda bagi kempen PRK B.Selambau Pakatan Rakyat akan dilangsungkan pada 22 March 2009, 4pm bertempat di Yayasan Aman, Sungai Lalang.

Perasmian ini akan dihadiri dan dirasmikan oleh Ketua AMK, Saudara Shamsul Iskandar Akin; Ketua Dewan Pemuda PAS, YB Salehuddin Ayub dan Ketua Pemuda DAP, YB Ngar Kor Ming.

Pemuda dan Pemudi Kedah yang berumur 40 ke-bawah dijemput hadir beramai-ramai bagi menjayakan perasmian ini.

S. Manikumar, Calon PKR bagi PRK Bukit Selambau

Pengumuman DSAI pada 20 March, Jumaat lepas di Bilik Gerakan PRK B.Selambau mengejutkan semau pihak. Beliau mengumumkan calon baru S.Manikumar, 35 sebagai calon PKR bagi PRK B.Selambau.

Bagaimanapun pemilihan calon graduan Ijazah Muda dari UUM ini mendapat bantahan segolongan kecil penyokong serta ahli-ahli PKR setempat.

Di sini saya ingin menasihatkan semua pihak agar bertenang, tidakkah kita merasakan DSAI adalah seorang pemimpin yang berkualiti dunia ? Kan kita selalunya mengkritik kerajaan BN yang tidak mempunyai pemimpin yang berkualiti dan tidak dapat menandingi kredibiliti DSAI, tetapi apabila keputusan yang dibuat oleh DSAI dan pimpinan tertinggi parti itu tidak memihak dapat kita, kita pula tidak puas hati.

Seharusnya kita terus meletak kepercayaan terhadap kebijaksanaan DSAI walaupun kadang-kala keputusan yang dibuatnya tidak memihak pada kita.

Ayuh mari kita sama-sama mengerakkan jentera kempen PRK B.Selambau, kerana masanya telah tiba untuk kita berjuang bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

Thursday, March 19, 2009

Calon PKR bagi PRK Bukit Selambau

Ada khabar angin dari masyarakat tempatan yang mengatakan bahawa pimpinan tertinggi PKR telah memutuskan untuk menamakan Mani Kumar, 35 sebagai calon untuk PRK Bukit Selambau.

Setelah dilaporkan oleh Malaysiakini pada 18 March, yang melaporkan ada sumber dari pihak tertentu mengatakan bahawa Mani Kumar yang baru sahaja menyertai PKR telah dipilih sebagai calon bagi pilihanraya kecil itu. Kini tersebar luar di sekitar kawasan Sungai Petani & Merbok bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan secara rasmi Mani Kumar sebagai calon PKR.

Sekiranya khabar angin itu tepat pengumuman itu akan berlangsung pada 20 March, besok pukul 9pm di markas Taman Ria jaya.

Monday, March 16, 2009

Ceramah DSAI pada 17 March dibatalkan

Adalah dimaklumkan bahawa ceramah perdana DSAi yang dijadualkan pada 17 March, Selasa ini dibatalkan.

Ini adalah disebabkan jadual DSAi yang terlalu ketat dan harus diubah dari masa ke semasa berikutan perubahan scenario politik semasa.

Namum ceramah perdana DSAI pada 28 March ini akan dilangsungkan seperti yang dijadualkan.

Dengan ini memohon maaf ke atas pembatalan ini.

Steven
AJK AMK, Sungai Petani.

Tuesday, March 10, 2009

PKR under pressure over Bkt Selambau candidate

As PKR decides on its candidate for the Bukit Selambau by-elections come April 7, supporters of one prospective candidate are already considering a Plan B.
MCPX

potential non pkr candidates for bukit selambau by-election 110209 b kalaivanarJerai division chief B Kalaivanar, one of the four said to be on the shortlist, has been described by his backers as loyal and committed to the party - and they want leaders to choose him to contest the state seat in Kedah.

If the party overlooks Kalaivanar, a grassroots leader and social activist, they are set to desert the election campaign and may even leave PKR altogether.

Rumours are also spreading that Kalaivanar could contest as an Independent, which would give rival Barisan Nasional an unexpected lifeline to wrest the seat from Pakatan Rakyat.

Although his detractors have cast aspersions on his integrity and credibility, especially in financial dealings, Kalaivanar has challenged them to substantiate their claims.

PKR’s V Arumugam vacated the seat on Feb 9 when he resigned as an elected representative and Kedah executive councillor.

Arumugam VengatarakooArumugam was originally a PKR member before he resigned to contest the seat in last year’s national polls as an Independent. However, he instantly re-joined PKR after his victory.

Under the 2008 Pakatan electoral arrangement, Bukit Selambau was allotted to PKR. That gives PKR the edge in defending the seat.

It is learnt that the party’s shortlist includes Hindu Rights Action Force (Hindraf) national coordinator RS Thanenthiran, Internal Security Act detainee (ISA) T Vasantha Kumar, and Kedah PKR deputy Youth leader Dr R Krishnamoorthy.

The DAP, meanwhile, is pressing on with its argument that it had always contested the constituency prior to 2008 even if its candidates were not successful.

Two weeks ago, it submitted several names to the Pakatan leadership - Lunas branch chairperson S Neelamekan, deputy state chairperson V Gnanaguru and state organising secretary Teoh Teik Guan.

When contacted, Teoh said Kedah DAP would leave it to the discretion and wisdom of Pakatan leaders to choose the best candidate from DAP or PKR.

"Although the DAP is very keen to contest, in the end it has to be a Pakatan candidate. All parties should consolidate and mobilise their resources to campaign for whoever the leaders choose," Teoh said.

PAS, which had initially expressed its intention to field a non-Muslim candidate, has apparently withdrawn from the race.

Early PKR favourite

At a rally in Sungai Petani last weekend, PKR de facto leader Anwar Ibrahim has assured that Pakatan would choose the right person with the best chance to win the constituency.

potential non pkr candidates for bukit selambau by-election 110209 r s thanenthiran hindraf national coordinatorOf those being considered, Thanenthiran (right) seems to be an early favourite as he has the full backing of the human rights movement. Hindraf members, also known as Makkal Sakthi activists, are also raring to ensure victory for him.

Vasantha Kumar could face a handicap, as hardcore supporters of the now-banned Hindraf have disclaimed him as one of their leaders.

Although three of his fellow ISA detainees - Kota Alam Shah representative M Manoharan, R Kenghadharan and V Ganabatirau - have supported his candidacy, P Uthayakumar has not and this speaks volumes of the fallout between the two.

The five have been detained at the Kamunting Detention Centre in Taiping since Dec13, 2007.

bukit selambau state seat kedah 110209Krishnamoorthy, according to some PKR members, lacks grassroots rapport, which could hinder efforts to sustain a campaign that reaches out to voters from all walks of life.

When contacted, Krishnamoorthy claimed that he was not obsessed with the contest, but would leave it to the party leadership to decide on the candidate.

“Whether I am chosen or not is immaterial. What’s most important is that everyone must work hard to ensure PKR wins,” he said, adding that he would support the candidate who is selected.

Although the Kedah Election Committee has issued 13 nomination forms to eight Indian Malaysians, three Malays and a Chinese so far, only businessman P Chandrarajan has paid the deposit of RM5,000.

Nominations are scheduled for March 29.

Jadual Ceramah Perdana DSAI di Bukit Selambau

Tahniah diucapkan kepada AMK negeri yang telah berjaya menganjurkan ceramah pada 07 March (Sabtu lepas) di Taman Cempaka Indah dekat Pekan Bukit Selambau, menurut penduduk Bukit Selambau ia merupakan satu rekod dalam sejarah Bukit Selambau yang menyaksikan kehadiran penduduk tempatan yang mencecah lebih dari 10,000 untuk mendengar pidato dari DSAI.

Kini 2 lagi ceramah perdana DSAI telah dijadualkan untuk penduduk di kawasan Bukit Selambau.

Pada 17 March 2009, DSAI akan berpidato di Taman Ria Jaya pada pukul 9:00pm.

Manakala ceramah terakhir sebelum penamaan calon adalah pada 28 March 2009, bertempat di Laguna Merbok. DSAI dijadual mengumumkan Calon Pakatan Rakyat pada malam itu.

Sementara itu, pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan Jentera Kempen Pilihanraya Kecil Bukit Selambaunya pada pukul 4:00pm, 22 March 2009 bertempat di bilik gerakan Sungai Lalang.

Orang ramai dan penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir pada aktiviti-aktiviti yang disebut di atas. Kaunter pendaftaran keahlian PKR akan dibuka di tapak aktiviti. Kehadiran anda amat dihargai !

Thursday, March 5, 2009

Perasmian PRK Bukit Selambau oleh DSAI

DSAI akan merasmikan Jentera Pilihanraya Kecil Bukit Selambau pada 07 March 2009, Sabtu ini bertempat di Swiss Inn hotel, Sungai Petani, Kedah.

Semua ahli & AJK cawangan-cawangan serta bahagian Sungai Petani & Merbok dijemput hadir.

Turut dijemput semua warga sukarelawan Sungai Petani & Merbok yang secara sukarela untuk menolong bagi menggerakkan jentere kempen PRK Bukit Selambau.

AMK, Sungai Petani

Sunday, March 1, 2009

Bkt Selambau: 8 calon India tawar diri wakili PKR

Lapan calon keturunan India adalah antara 18 orang yang telah menawarkan diri untuk mewakili PKR dalam pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April depan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, ahli jawatankuasa PKR Merbok, A. Loganathan berkata, lima daripada lapan calon berkenaan berpotensi dipilih mewakili PKR bertanding di kerusi tersebut.

Katanya, mereka ialah Dr Krishnamurthy (Ketua Penerangan PKR Sungai Petani), S Sritharan (AJK PKR Sungai Petani), K Masilamani (AJK PKR Merbok), B Kalai Vanar (Ketua PKR Jerai) dan N Gobalakrishnan (ahli Parlimen Padang Serai).

Tambahnya, tiga lagi calon yang menawarkan diri untuk bertanding ialah seorang pemimpin daripada Hindraf, iaitu RS Thanenthiran. Manakala, R Muniandi dan Manogaran turut menawarkan diri. Kedua-dua mereka ialah ahli jawatankuasa bahagian Merbok.

Menurut Loganathan, seorang lagi ahli jawatankuasa PKR Merbok yang turut menawarkan diri ialah Kamal Nasir Taufik.

Dilaporkan bekas ketua PKR bahagian Pokok Sena, A Jayagopal turut menyatakan hasrat untuk bertanding atas tiket bebas jika tidak dipilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil tersebut.

DUN Bukit Selambau kosong berikut peletakkan jawatan V Arumugam sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan exco Kedah.

Pilihan pucuk pimpinan


Dalam pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, V Arumugam yang bertanding atas tiket bebas menang dengan majoriti 2,362 undi.

Beliau mendapat 13,225 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, S Krishnan yang mendapat 10,863 undi.

Manakala kertas pencalonan calon PKR, Saiful Izham Ramli ditolak atas sebab-sebab teknikal.

Selasa lalu, Saiful Izham yang juga ketua AMK Kedah, mengesahkan tidak akan bertanding sebaliknya menumpukan kepada tanggungjawabnya sebagai pengarah pilihanraya kecil DUN tersebut.

Menurut Loganathan, penduduk di Bukit Selambau memerlukan calon yang lantang bersuara, ikhlas dan tegas dengan perjuangan parti.

Bagaimanapun, katanya, keputusan akhir pemilihan calon yang bertanding akan diputuskan oleh pimpinan tertinggi parti tersebut.

Pilihanraya Kecil Bukit Selambau

Lapan calon keturunan India adalah antara 18 orang yang telah menawarkan diri untuk mewakili PKR dalam pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April depan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, ahli jawatankuasa PKR Merbok, A. Loganathan berkata, lima daripada lapan calon berkenaan berpotensi dipilih mewakili PKR bertanding di kerusi tersebut.

Katanya, mereka ialah Dr Krishnamurthy (Ketua Penerangan PKR Sungai Petani), S Sritharan (AJK PKR Sungai Petani), K Masilamani (AJK PKR Merbok), B Kalai Vanar (Ketua PKR J
Publish Post
erai) dan N Gobalakrishnan (ahli Parlimen Padang Serai).

Tambahnya, tiga lagi calon yang menawarkan diri untuk bertanding ialah seorang pemimpin daripada Hindraf, iaitu RS Thanenthiran. Manakala, R Muniandi dan Manogaran turut menawarkan diri. Kedua-dua mereka ialah ahli jawatankuasa bahagian Merbok.

Menurut Loganathan, seorang lagi ahli jawatankuasa PKR Merbok yang turut menawarkan diri ialah Kamal Nasir Taufik.

Dilaporkan bekas ketua PKR bahagian Pokok Sena, A Jayagopal turut menyatakan hasrat untuk bertanding atas tiket bebas jika tidak dipilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil tersebut.

DUN Bukit Selambau kosong berikut peletakkan jawatan V Arumugam sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan exco Kedah.

Pilihan pucuk pimpinan


Dalam pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, V Arumugam yang bertanding atas tiket bebas menang dengan majoriti 2,362 undi.

Beliau mendapat 13,225 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, S Krishnan yang mendapat 10,863 undi.

Manakala kertas pencalonan calon PKR, Saiful Izham Ramli ditolak atas sebab-sebab teknikal.

Selasa lalu, Saiful Izham yang juga ketua AMK Kedah, mengesahkan tidak akan bertanding sebaliknya menumpukan kepada tanggungjawabnya sebagai pengarah pilihanraya kecil DUN tersebut.

Menurut Loganathan, penduduk di Bukit Selambau memerlukan calon yang lantang bersuara, ikhlas dan tegas dengan perjuangan parti.

Bagaimanapun, katanya, keputusan akhir pemilihan calon yang bertanding akan diputuskan oleh pimpinan tertinggi parti tersebut.