TPM merangkap Mentri Kewangan, Dato' Seri Najib menyatakan bahawa harga runcit minyak petrol tidak akan diturunkan dengan sewenang-wenangnya walaupun harga pasaran minyak petrol menurun.
Kenyataan itu telah bercanggah dengan pendirian dan prinsip kerajaan BN sewaktu kenaikan mendadak 78 sen pada Jun. Ketika pengumuman kenaikan itu, Perdana Mentri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Mentri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Sharir Samad telah menyatakan bahawa harga runcit petrol mulai dari hari itu akan mengikut harga pasaran minyak.
Ini bermaksud harga runcit petrol akan naik turun mengikut harga pasaran petrol.
Namum apa yang terjadi sejak akhir ini tidak mencerminkan janji kerajaan BN.
Harga runcit petrol seharusnya berada di RM1.40 di kala harga pasaran petrol sejak akhir ini berlegar di sekitar USD 45. Namun rakya Malaysia hari ini masih lagi membayar RM1.80 seliter. Pada kadar ini, kerajaan BN mengaut keuntungan sebanyak 40sen seliter dari rakyat.
Apakah ini satu sikap kerajaan yang mesra rakyat, yang peka terhadap masalah rakyat ???
Di kala rakyat seksa akan hidup yang seba kekurangan, terutamanya pada waktu global dilanda krisis ekonomi; kerajaan BN mengaut keuntungan berjuta-juta dari rakyat dalam penjualan petrol !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komen anda dialu-alukan.