Saturday, April 11, 2009

Melarang Merdekareview.com pada pengumuman barizan kabinet, Najib janji keterbukaan media ???

Sebuah laman web berita Cina menghantar surat bantahan kepada perdana menteri setelah wartawannya dilarang membuat liputan pengumuman barisan jemaah menteri semalam.

Sambil menyatakan rasa kesalnya dengan tindakan seorang pegawai yang dikaitkan dengan pejabat Datuk Seri Najib Razak, ketua pengarang Merdekareview.com berkata tindakan itu sebagai penafian hak pembaca mengakses maklumat.

"Pihak saya ingin berpandangan bahawa tindakan pihak YAB Datuk Seri melanggar prinsip kebebasan akhbar, iaitu salah satu idea yang diagung-agungkan oleh YAB Datuk Seri kebelakangan ini," kata Chang Teck Peng dalam surat tersebut.

"Tindakan tersebut jelas bertentangan dengan pendirian YAB Datuk Seri sebelum ini."

Chang, bekas seorang pensyarah kajian media, merujuk janji perdana menteri baru itu untuk menggalakkan laporan lebih bebas dan bertanggungjawab bagi merangsang perbahasan isu-isu nasional.

Sewaktu mengumumkan anggota kabinet pertamanya, Najib semalam malah berkata era "kerajaan mengetahui segalanya" dan kawalan keterlaluan terhadap rakyat sudah berakhir.

Akhbar dalam talian itu - yang dianggotai tujuh wartawan dan ditubuhkan sejak 2005 - juga menuntut perdana menteri memberikan penjelasan berhubung larangan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.