Saturday, August 1, 2009

Jom sertai Protes Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009 !!!




Gerakan Mansuhkan ISA akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran pada 01 Ogos 2009 di 3 lokasi di Kuala Lumpur sebelum berarak ke Istana Negara.

Sekiranya kita ingin melihat kezaliman tidak wujud di Malaysia, rakyat mempunyai hak untuk bersuara, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berjuang habis-habisan bagi menuntut agar dikembalikan hak kebebasan bersuara rakyat !

Ingatlah, nothing comes easy ! No pain No gain ! Demi anak-anak serta masa depan negara tercinta Malaysia, sertailah perhimpunan bagi mendesak agar ISA dimansuhkan !

Turut hadir perhimpunan GMI ini, pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat; Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Seri Hadi Awang, Tok Guru Nk Aziz, YB Lim Kit Siang dan semua barisan pimpinan !

Marilah kita berjuang habis-habisan bagi mendesak Umno-BN untuk memansuhkan akta yang teramat zalim ini !!!

Jangan lupa, masa depan Malaysia terletak di atas tangan kita !!!

Ketiga-tiga lokasi itu adalah di Pusat Beli-Belah Sogo, KL Central dan Masjid Jamek.

Rujuk peta di bawah untuk lokasi perhimpunan.

No comments:

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.