Rakyat Malaysia terus menyatakan ketidakpuasan hati mereka dan menuntut perubahan terus berubah di bumi tercinta.
Pakatan Rakyat hari ini terus memenangi pilihanraya kecilnya yang ke-7 di Permatang Pasir dan sekaligus meraih kemenangan 100% di Semenanjung Malaysia selain PRK di Batang Ai, Sarawak.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, mengalahkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi dengan majoriti yang diraih Salleh 4,551.
Walaupun majoriti yang diperolehi menurun 882 undi, namum ia sebenarnya disebabkan penurunan jumlah keluar mengundi hampir 10% yang mewakili lebih-kurang 2,000 undi. Sudah pasti punca utama penurunan peratusan keluar mengundi adalah kerana tercapainya angkara atau propaganda Umno-BN yang mahu PRK ini diadakan pada hari kerja, Selasa agar majoriti kekalahan mereka merosot.
Alhamdulillah ! Semangat rakyat yang jitu menuntut agar perubahan terus pada direalisasikan. Rakyat juga bertekad hendak meneruskan momentum tsunami politik sejak 08 March lalu supaya dapat melihat tumbangnya Umno-BN pada pilihanraya umum ke-13 nanti. InsyaAllah !!! Salam Reformasi !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komen anda dialu-alukan.