Setelah 7 bulan menjadi Perdana Mentri, Najib Razak mula mengamalkan budaya kronisme ! Seperti perdana mentri-perdana mentri yang dahulu, hari ini Najib telah membuat beberapa keputusan yang menampakkan ahli keluarga serta kroninya dilantik bgi memegang jawatan-jawatan dalam kumpulan/syarikat milik Umno-BN :
- Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, Setiausaha Penerangannya dilantik sebagai direktor Kumpulan Utasan Malaysia.
- Ancom Bhd. syarikat abang Najib, Johari Razak,yang tersenarai di Bursa Kuala Lumpur mengambil-alih Bernama TV dan menjadi pemegang saham terbesar.
- Kroni Najib, Siew Ka Wei (Pemegang saham utama Ancom Bhd.) & Mohamad Al-Amin Abdul Majid (Pengerusi Smidec) menerusi anak syarikat Redberry (syarikat media & iklan ternama) memberi 75% saham Malaymail.
Fenomena ini sekali kali memperlihatkan amalan kronisme masih dan sedang subuh ditanam di kalangan pemimpin-pemimpin Umno-BN. Gagasan 1Malaysia sememangnya merupakan slogan "pujuk Rakyat" yang simbolik, budaya mementingkan kroni serta keluarga tidak pernah dan tidak akan hilang dalam Umno mahupun BN.
Seperti artikel saya "Mahathir squandered RM100 bil, says new book" berhubung kerugian duit Rakyat RM100 billion oleh Tun Dr. Mahathir, yang dibongkar oleh sebuah buku terbaru, keluaran Barry Wain, bekas editor Asian Wall Street Journal.
Sekiranya kita membiarkan keadaan kronisme terus-menerus berlarutan di Malaysia, akhirnya sekali lagi negara akan kerugian RM100 billion di bawah pimpinan Najib Razak.
Berapa RM100 billion mampu ditanggung oleh Rakyt Malaysia, yang tidak lain tidak bukan dipakai untuk mencipta jutawan demi jutawan di kalangan ahli-ahli kelaurga dan kroni-kroni pemimpin utama Umno-BN. Rakyat jelata akan terus menyeksa dan hidup dalam serba kekurangan serta daif, negara akan terus teraniaya !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komen anda dialu-alukan.