Showing posts with label Announcement. Show all posts
Showing posts with label Announcement. Show all posts

Wednesday, August 12, 2009

Ceramah Perdana Kedah !!!

Rakyat Kedah dijemput hadir di Kompleks PAS Kedah dekat Batu 9 pada 15 Ogos 2009 jam 7:00 hingga 12:00 malam.

Monday, March 16, 2009

Ceramah DSAI pada 17 March dibatalkan

Adalah dimaklumkan bahawa ceramah perdana DSAi yang dijadualkan pada 17 March, Selasa ini dibatalkan.

Ini adalah disebabkan jadual DSAi yang terlalu ketat dan harus diubah dari masa ke semasa berikutan perubahan scenario politik semasa.

Namum ceramah perdana DSAI pada 28 March ini akan dilangsungkan seperti yang dijadualkan.

Dengan ini memohon maaf ke atas pembatalan ini.

Steven
AJK AMK, Sungai Petani.

Tuesday, March 10, 2009

Jadual Ceramah Perdana DSAI di Bukit Selambau

Tahniah diucapkan kepada AMK negeri yang telah berjaya menganjurkan ceramah pada 07 March (Sabtu lepas) di Taman Cempaka Indah dekat Pekan Bukit Selambau, menurut penduduk Bukit Selambau ia merupakan satu rekod dalam sejarah Bukit Selambau yang menyaksikan kehadiran penduduk tempatan yang mencecah lebih dari 10,000 untuk mendengar pidato dari DSAI.

Kini 2 lagi ceramah perdana DSAI telah dijadualkan untuk penduduk di kawasan Bukit Selambau.

Pada 17 March 2009, DSAI akan berpidato di Taman Ria Jaya pada pukul 9:00pm.

Manakala ceramah terakhir sebelum penamaan calon adalah pada 28 March 2009, bertempat di Laguna Merbok. DSAI dijadual mengumumkan Calon Pakatan Rakyat pada malam itu.

Sementara itu, pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan Jentera Kempen Pilihanraya Kecil Bukit Selambaunya pada pukul 4:00pm, 22 March 2009 bertempat di bilik gerakan Sungai Lalang.

Orang ramai dan penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir pada aktiviti-aktiviti yang disebut di atas. Kaunter pendaftaran keahlian PKR akan dibuka di tapak aktiviti. Kehadiran anda amat dihargai !

Thursday, March 5, 2009

Perasmian PRK Bukit Selambau oleh DSAI

DSAI akan merasmikan Jentera Pilihanraya Kecil Bukit Selambau pada 07 March 2009, Sabtu ini bertempat di Swiss Inn hotel, Sungai Petani, Kedah.

Semua ahli & AJK cawangan-cawangan serta bahagian Sungai Petani & Merbok dijemput hadir.

Turut dijemput semua warga sukarelawan Sungai Petani & Merbok yang secara sukarela untuk menolong bagi menggerakkan jentere kempen PRK Bukit Selambau.

AMK, Sungai Petani

Friday, February 27, 2009

Interview with Guan Eng

Astro AEC will air an interview with Sdr Guan Eng on 28th February
2009 at 8pm. We have uploaded the promo clip available here :

http://www.youtube.com/watch?v=vN0QFv9UbUQ

Details of the program :

Inteview with Sdr Lim Guan Eng, CM of Penang
Channel : Astro AEC
Date : 28th Feb'09
Time : 8pm

Thursday, February 5, 2009

Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Hari ini (5 Feb)

Perhimpunan 100 ribu rakyat akan diadakan hari ini (5 Feb) pada jam 7 malam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat, bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan menuntut agar hak rakyat dikembalikan.

Berikut adalah mesej khas dari Datuk Seri Anwar Ibrahim buat semua penyokong Pakatan Rakyat: "Pertahankan Kuasa Rakyat - Saya bersama Menteri Besar dan Pakatan Rakyat esok Khamis 7:30 malam di Ipoh. Saya yakin, Insyallah rakyat yang menentukan."

Semua penyokong Pakatan Rakyat dan aktivis diminta hadir untuk memberi sokongan.

BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Monday, September 22, 2008

Welcome to PKR Sungai Petani Blog

Dear Viewers and Visitors,

Thanks for visiting my new blog.
Latest information pertaining to Malaysia Politics will be posted soon.

Thanks and regards.

Steven Koay
Blogger, PKR.