Tahniah diucapkan kepada AMK negeri yang telah berjaya menganjurkan ceramah pada 07 March (Sabtu lepas) di Taman Cempaka Indah dekat Pekan Bukit Selambau, menurut penduduk Bukit Selambau ia merupakan satu rekod dalam sejarah Bukit Selambau yang menyaksikan kehadiran penduduk tempatan yang mencecah lebih dari 10,000 untuk mendengar pidato dari DSAI.
Kini 2 lagi ceramah perdana DSAI telah dijadualkan untuk penduduk di kawasan Bukit Selambau.
Pada 17 March 2009, DSAI akan berpidato di Taman Ria Jaya pada pukul 9:00pm.
Manakala ceramah terakhir sebelum penamaan calon adalah pada 28 March 2009, bertempat di Laguna Merbok. DSAI dijadual mengumumkan Calon Pakatan Rakyat pada malam itu.
Sementara itu, pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan Jentera Kempen Pilihanraya Kecil Bukit Selambaunya pada pukul 4:00pm, 22 March 2009 bertempat di bilik gerakan Sungai Lalang.
Orang ramai dan penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir pada aktiviti-aktiviti yang disebut di atas. Kaunter pendaftaran keahlian PKR akan dibuka di tapak aktiviti. Kehadiran anda amat dihargai !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Undilah Pakatan Rakyat...Semoga projek ladang ternakan BABI di Bkt Selambau akan dilaksanakan segera.
ReplyDelete