Wednesday, August 12, 2009

Bancian KDN tentang ISA dimanipulasi !!!

Setelah 2 minggu bancian ISA oleh KDN yang menyaksikan tuntutan majoriti rakyat mahukan akta zalim itu dimansuhkan, bancian itu kini dimanipulasi golongan tertentu dengan secara tiba-tiba dalam masa beberapa hari, kini keputusan bancian itu memperlihatkan 50% : 50%......

Untuk maklumat lanjut, sila layari : http://www.ikdn.gov.my/

Saturday, August 8, 2009

Anda diminta nyatakan pendirian MANSUHKAN ISA !!!

Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab terhadap ISA kini mengajak anda untuk menyatakan pendirian anda terhadap ISA.

Antara bancian yang dibuat :

1) Pada pandangan anda, ISA adalah....
2) Apa yang anda mahu dari ISA.....
Setakat ini, hasil bancian itu memperlihatkan majoriti rakyat Malaysia mahukan akta yang teramat zalim itu dimansuhkan.







Saya ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia yang ingin melihat negara tercinta yang bebas bersuara dan menghormati hak asasi manusia, nyatakan pendirian anda kepada kerajaan yang zalim Umno-BN agar dimansuhkan ISA !!!

Wednesday, August 5, 2009

Malaysia, Negara Polis ???

Seperti yang Saudara Zaid Ibrahim nyatakan dalam bukunya "Saya Pun Melayu", bahawa Malaysia mungkin akan menjadi seperti negara Zimbabwe jika kezaliman dan penindasan terhadap rakyat oleh Umno-BN berterusan.






Itu kemungkinan yang didakwa Saudara Zaid Ibrahim, dan saya juga setuju dengan kenyataannya itu. Namum sebelum Malaysia menjadi negara seperti Zimbabwe, Malaysia kini sudah menjadi Negara Polis seperti Myanmar !!!



Berikutan episod demi episod yang menyaksikan penyalahgunaan-kuasa oleh Umno-BN khususnya sejak 08 March 2009, ternyata hakikatnya bahawa Malaysia telahpun menjadi negara polis seperti Myanmar.
3) Polis diarah untuk menahan Raja Kamaruddin Petra (RKP), Exco Eksekutive Selangor Teresa Kok serta wartawan Harian Sin Chew Tan Hoo Cheng atas alasan yang tidak masuk akal.
4) Polis di seluruh Malaysia diarah untuk menyekat rakyat dari menyertai pelbagai perhimpunan di seluruh negara termasuk Perhimpunan Hindraf, Perhimpunan BERSIH, perhimpunan Protes kematian Kugan dan Teoh Beng Hock dan yang terkini Perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).


Dari tindakan-tindakan pasukan Polis yang serba keras dan zalim sewaktu membuat sekatan dan tangkapan, jelas kelihatan polis merupakan "gengster berlesen" yang diupah Umno-BN bagi membuli rakyat Malaysia yang lemah !!!
Walaupun negara seakan-akan berdemokrasi yang diperintah Umno-BN, namum hakikatnya kekuatan polis yang dijadikan senjata dan strategi bagi Umno-BN terus kebal memerintah Malaysia !!!

Saturday, August 1, 2009

Jom sertai Protes Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009 !!!




Gerakan Mansuhkan ISA akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran pada 01 Ogos 2009 di 3 lokasi di Kuala Lumpur sebelum berarak ke Istana Negara.

Sekiranya kita ingin melihat kezaliman tidak wujud di Malaysia, rakyat mempunyai hak untuk bersuara, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berjuang habis-habisan bagi menuntut agar dikembalikan hak kebebasan bersuara rakyat !

Ingatlah, nothing comes easy ! No pain No gain ! Demi anak-anak serta masa depan negara tercinta Malaysia, sertailah perhimpunan bagi mendesak agar ISA dimansuhkan !

Turut hadir perhimpunan GMI ini, pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat; Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Seri Hadi Awang, Tok Guru Nk Aziz, YB Lim Kit Siang dan semua barisan pimpinan !

Marilah kita berjuang habis-habisan bagi mendesak Umno-BN untuk memansuhkan akta yang teramat zalim ini !!!

Jangan lupa, masa depan Malaysia terletak di atas tangan kita !!!

Ketiga-tiga lokasi itu adalah di Pusat Beli-Belah Sogo, KL Central dan Masjid Jamek.

Rujuk peta di bawah untuk lokasi perhimpunan.