Saturday, March 28, 2009

Bukit Selambau : 1000 petugas dijadual tiba hari ini

Kira-kira 1000 petugas parti yang berkhidmat sebagai jentera kempen Pakatan Rakyat akan tiba di Bukit Selambau hari ini.

Petugas berkenaan akan ditugaskan di lokasi daerah mengundi di kawasan Bukit Selambau seperti yang telah dibahagikan mengikut negeri masing-masing.

Setakat ini mengikut laporan yang diterima oleh Suara Keadilan online, delegasi dari Melaka, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan telah tiba di Bukit Selambau serta telah membuka bilik gerakan.

Manakala lain-lain negeri akan dijadual tiba petang ini seterusnya akan memulakan operasi bilik gerakan mereka.

Sementara itu, Bilik Gerakan Utama Pilihanraya Kecik Bukit Selambau di Taman Tengku Hamidah di Jalan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petaniakan memulakan operasinya selama 24 jam mulai hari ini.

No comments:

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.