Pengumuman DSAI pada 20 March, Jumaat lepas di Bilik Gerakan PRK B.Selambau mengejutkan semau pihak. Beliau mengumumkan calon baru S.Manikumar, 35 sebagai calon PKR bagi PRK B.Selambau.
Bagaimanapun pemilihan calon graduan Ijazah Muda dari UUM ini mendapat bantahan segolongan kecil penyokong serta ahli-ahli PKR setempat.
Di sini saya ingin menasihatkan semua pihak agar bertenang, tidakkah kita merasakan DSAI adalah seorang pemimpin yang berkualiti dunia ? Kan kita selalunya mengkritik kerajaan BN yang tidak mempunyai pemimpin yang berkualiti dan tidak dapat menandingi kredibiliti DSAI, tetapi apabila keputusan yang dibuat oleh DSAI dan pimpinan tertinggi parti itu tidak memihak dapat kita, kita pula tidak puas hati.
Seharusnya kita terus meletak kepercayaan terhadap kebijaksanaan DSAI walaupun kadang-kala keputusan yang dibuatnya tidak memihak pada kita.
Ayuh mari kita sama-sama mengerakkan jentera kempen PRK B.Selambau, kerana masanya telah tiba untuk kita berjuang bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komen anda dialu-alukan.