LUBOK ANTU 4 April (SK) : Suruhanjaya badan pemerhati bebas pilihanraya (Mafrel) telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa terdapat beberapa pengundi yang telah mati tetapi hidup kembali di Dun N29 Batang Ai.
Kes pertama: Batu nesan Dayang Utat Binti Kamaruden (1898-1981) yang bertulis dengan huruf jawi antara pengundi yang tertua di sini. Beliau memegang nombor mykad 981231-13-0146 yang di lahirkan pada tahun 1898, 111 tahun lalu dan telah disahkan meninggal dunia pada 29 Mei 1981. Allahyarham telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Ulu Sri Aman.
Yang menghairankan ialah nama Dayang Utat masih terdapat dalam senarai pengundi di Dun N29 Batang Ai dan nama beliau sekarang ialah ‘Dayang Bt Abg Kam’ didaftarkan pada 5 Februari 2008 dangan kedua-dua nama berkenaan tercatat dalam daftar pengundi mengunakan nombor mykad yang sama.
Kes kedua: Timah ak Ambal (1900-?) Menurut anak saudara Timah iaitu Tay Chow Ming menyatakan bahawa Timah yang memegang Mykat bernombor 001231-50-5984 dilahirkan pada tahun 1900 dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Cina bersebelahan kubur suaminya yang terletak dibelakang Bazar Lubok Antu.
Tanah perkuburan yang ditandakan dengan cara tradisional Tajau (buyong) berserta gong untuk menandakan bubur orang Iban di dalam perkarangan tanah perkuburan orang Cina. Mendiang juga memegang nombor Mykad 001231-50-5984.
Kes ketiga: David Aling ak Usit(1942-2007) yang dilahirkan pada 1942 danmeninggal pada tahun 2007 namun hantu beliau masih dapat menggundi kerana nama beliau masih di dalam senarai pengundi di Batang Ai.
“Ini menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak langsung mengeluarkan data pengundi yang telah meninggal dunia tetapi sebaliknya mengemaskinikan nombor Mykad 10-digit dalam rekod data pengundi,” jelas koordinator sukarelawan Mafrel di Batang Ai Peter John Jaban.
Walaupun Mafrel telah mengumumkan pada pilihanraya umum tahun 2008 bahawa seorang pengundi yang berumur 108 tahun telah disahkan meninggal dunia namun pihak SPR masih tidak mengambil sebarang inisiatif untuk menyemak danmengeluarkan nama dalam rekod pendaftaran pengundi.
“Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini telah menyalahgunakan perkhidmatan e-tadbir untuk menipu data sebagai pengundi hantu, ” jelas Peter lagi
“Peliknya JPN dan SPR menjadi terlalu cekap dalam mengemaskinikan nombor Mykat kepada yang telah meninggal dunia lama sebelum kad berkenaan diperkenalakan kepada orang awam,”jelas Peter.
Itu baru hujung ais saja. DiSabah sebuah pulau ais telah timbul namun SPR dan JPN gagal melihatnya. Apata lagi yang masih lagi boleh dikira dengan jari...
ReplyDeleteIya betul. Oleh itu sasaran kita adalah untuk tumbangkan Umno-BN dan struktur semula SPR & JPN bagi wujudkan SPR yang adil.
ReplyDelete