Saturday, May 2, 2009

Itulah Sebabnya BN Menang di Batang Ai

LUBOK ANTU, 4 April (SK) : Suruhanjaya Badan Pemerhati Bebas Pilihanraya (Mafrel) melaporkan bahawa beberapa ‘Rumah Tuai’ (ketua rumah panjang) telah dicolek dan dibawa ke Hotel Hilton bertaraf lima bintang di Batang Ai dan diberi layanan istimewa serta wang saku sebanyak RM1,000 seorang.

Separuh dari mereka memilih percutian berbayar ke bandaraya Kuching untuk bersiar-siar dan bersantai di sana.

“Dalam permerhatin kami, ini dilihat seperti merasuah dan politik wang oleh kerajaan Barisan Nasional telah menular Dun N29 Batang Ai ini,” kata seorang pemerhati kepada laman blog The Broken Shield hari ini.

“Seperti yang kami jangkakan, menteri BN tanpa segan silu menghamburkan ‘projek mee segera’ kepada hampir 121 rumah panjang di Batang Ai ini. Apa yang kami dapat katakan ini adalah satu rasuah terang-terangan oleh menteri BN,” jelas pemerhati tersebut.

Menurut pemerhati tersebut, mafrel mempunyai banyak bukti untuk mengukuhkan dakwaan ini, terpulang kepada pihak ibupejabat untuk mengumumkan perlakuan rasuah tersebut,” jelas beliau lagi.

Perkataan ‘Bersih, Telus dan Pilihanraya Bebas’ sudah tidak ujud lagi di Dun N29 Batang Ai ini.

“Kami berani menyatakan bahawa pilihanraya kecil Batang Ai kini sudah dicemari rasuah dan yang piling tidak adil dalam sejarah pilihanraya kecil di Malaysia,” tegas pemerhati Mafrel itu dengan nada kesal.

Sementara itu, hasil dari laporan unit pamantauan kami ini menyatakan bahawa kempen BN juga telah melanggar syarat akta kempen pilihanraya kecil dimana mereka telah memasang bendera BN di tempat-tempat yang di larang seperti di atas jambatan.

“Kami juga menerima banyak laporan bahawa penyokong Bn telah membuang dan manarik turun bendera KeADILan di pintu masuk beberapa rumah panjang,”jelas beliau.

Mafrel juga merakamkan ceramah menteri-menteri BN termasuk Alfred Jabu, Masing, Awang Tengah, Awang Asfia, Joseph Salang, Entulu, Gramong Juna dan lain-lain telah mengugut pengundi dengan ugutan untuk memberi tekanan kepada mereka yang tidak mengundi BN.

5 comments:

  1. Bila BN menang itu rasuah. Bila PKR menang, itu keadilan. Jangan menganngap pengunti Batang Ai itu bodoh, mereka sudah buat pilihan mereka.

    ReplyDelete
  2. Anonymous atas saya ni IQ 1 saja

    ReplyDelete
  3. BN memang RASUAH! UMNO itu memang RASUAH! Macammana kamu penyhokong2 BN menafikannya bukti tetap terbentang luas. Masalahnya kamu hanya melihat rasuah yang dilakukan oleh segelintir orang PR.

    Saya ingin tekankan lagi disini bahawa UMNO itu PERASUAH yang dasyat dan juga PEMBUNUH yang dasyat. Banyak sudah pembunuhan yang dilakukan oleh UMNO. UMNO masih boleh perbodohkan orang di Batang Ai kerana UMNO berjaya membuat mereka jahil dengan tidak memberi pembangunan seperti yang ada diSemenanjung...

    ReplyDelete
  4. pengundi batang ai memanglah bodoh dan dperbodohkan oleh rumah tuai yang menerima wang rm1000.rumah tuai menikmati dudok dihilton beberapa malam atau becuti beberapa hari dikucing.rasuah telah membinasakan dan hancurkan masa depan keturunan rumah tuai itu sendiri.bn/umno telah berjaya mengjahilkan pendudok batang ai dulu sekarang dan selama lamanya.

    ReplyDelete
  5. Oleh itu keputusan DSAI memegang jawatan Pengerusi Perhubungan dan menerajui sendiri Sabah & Sarawak adalah tepat sekali. Selain menstruktur & memperkasakan parti, saya rasa DSAI akan menghabiskan kebanyakan masanya (untuk 3 tahun yang akan datang) di Sabah & Sarawak. Siri ceramah dan penerangan akan diadakan oleh DSAi bagi 'sedarkan' rakyat Sabah & Sarawak yang sekarang ini dilandak Jahiliah Umno-BN. InsyaALLAH, kita akan dikejutkan dengan perubahan yang akan berlaku di sana dalam masa terdekat.

    ReplyDelete

Komen anda dialu-alukan.