Thursday, May 7, 2009

Video Sidang Dun Perak



























Terkini !!!

8.30am :
MP Ampang - YB Zuraida Kamaruddin ditangkap kerana cuba mengadakan sidang media di luar bangunan SUK.
Turut ditangkap 3 orang berpakaian hitam.

9.00am :
P.Sugumaran, Setiausaha Politik MP Ipoh Barat M. Kulasegaran ditahan polis kerana cuba memasuki bangunan SUK.

YM Batu, Tian Chua dilarang memasuki bangunan SUK dan dihalau dari radius 500m.

Turut ditangkap ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong (DAP-Melaka), ADUN Teratai, YB Janice Lee (DAP-Selangor).

9.05am :
ADUN Bahau, YB Tey Kok Seong (DAP-N.Sembilan) diberkas bersama 8 orang yang lain.

9.10am :
YB Lim KIt Siang, YB Gulasegaran & Intan MP YB M. Manogaran dilarang memasuki bangunan SUK walaupun dijemput untuk menghadiri.

9.20am :
Semua ADUN PR & BN telah tiba di Bangunan SUK, sedang menunggu ketibaan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah untuk perasmian.

9.25am :
Pemimpin-pemimpin Umno yang turut berada di kawasan Bangunan SUK tidak ditangkap atau dihalau.
3 lagi ditahan, antaranya blogger, Bernard Khoo.

Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN sebelum pembukaan rasmi sidang.

Beliau berjabat tangan dengan Speaker DUN V Sivakumar, yang disambut kedatangannya oleh setiausaha DUN Abdullah Untong.

9.30am :
Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN.

Kedatangan baginda disambut dengan rasa hormat semua ADUN Pakatan Rakyat, mereka semua berdiri, tidak seperti sikap mereka Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir yang menerima penghormatan itu.

9.35am :
Menurut YB Lim Kit Siang, antara yang ditahan setakat ini ialah Lau Bak Kee, Pengerusi veteran DAP, bekas wakil rakyat, R.K. Muthu, blogger Zorro (Bernard Khoo), Lee Kong Hing, wakil rakyat Sg Pinang, Koid Teng Guan, wakil rakyat Bahau, Tey Kok Seong, wakil rakyat Temiang, Ng Chin Tsai, wakil rakyat Teratai, Jenice Lee, wakil rakyat Melaka, Khoo Poay Tiong, Ketua Pemuda Taiping, Tey Kok Lim.



9.45am :
Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, ditahan polis di belakang bangunan utama pentadbiran Perak - yang menempatkan DUN.

10.00am :
Semua Adun, wakil & media jemputan dibenarkan masuk ke dewan. Adun PR duduk di bahagian kanan (bahagian pemerintah) Speaker.

10.05am :
Speaker Sivakumar menghalang keluar 7 Exco BN (termasuk MB BN Dr. Zambry) dan 3 Adun Bebas seperti larangan yang dibuatnya sebelum ini. Mesyuarat DUN tidak akan dimulakan sekiranya 10 Adun itu tidak keluar.

Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja dan menjerit "keluar" ke arah 10 ADUN tersebut, tetapi mereka masih berdegil.

ADUN Pakatan dan BN masing-masing menjerit ke arah satu sama lain.

10.10am :
Turut ditangkap MP Sg Siput, Jeyakumar.

Sementara di dalam dewan, Dr. Zambry bersama 6 Exconya dan 3 Adun bebas masih enggan keluar dari dewan. Keadaan 'hangat & panas' di dalam dewan.

10.15am :
Lagi diberkas MP Parit Buntar dari Pas, YB MUjahid Yusof Rawa.

Pertelingkahan masih berterusan di dalam dewan.

10.20am :
Speaker mengulangi pendirian mengarah keluar 10 Adun.
MB BN Dr. Zambry cuba membawa usul undi tidak percaya kepada Speaker.
Cubaannya Sivakumar sendiri dan dihalang para Adun PR.

10.25am :
Selepas 20min bertelingkah, masih tiada sebarang keputusan dibuat.

10.35am :
Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan terus bertegang. Speaker terus mengulangi bahawa usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan beliau terbatal dan tidak sah, sementara menteri besar BN itu tetap bertegas Speaker itu telah diganti.

Speaker mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau keluar tujuh wakil rakyat BN, termasuk Zambry, dan tiga bebas. Pengawal bagaimanapun enggan berbuat demikian.












10.40am :
Dr. Zambry mengatakan bahawa Speaker dewan Sivakumar telah pun ditukar kepada BN memperolehi majoriti dalam dewan.

10.50am :
Speaker Sivakumar menolok dakwaan Dr. Zambry kerana pertukaran Speaker tidak sah. Sivakumar mengarahkan pegawai keselamatan dewan untuk menghalau 10 Adun itu, namun pegawai keselamatan enggan berbuat demikian.

Raja Muda Raja Nazrin masih menunggu di balai VIP untuk merasmikan mesyuarat. Penangguhan perasmian berikutan kekecohan dalam dewan.

11.00am :
Adun Pengkalan Hulu, Tajol Rosli dan beberapa Adun BN mengisytiharkan bahawa kesemua 28 Adun BN dan 3 Adun bebas telah menyokong untuk memecat Sivakumar sebagai Speaker dewan.

Mikrofon Speaker dipadam. Timbalan Speaker Hee Yit Foong yang meninggalkan DAp untuk BN cuba mengambil-alih peranan speaker.

Hee mengumumkan bahwa Sivakumar perlu meninggalkan dewan kerana majoriti telah mengundi untuk memecatnya.

Dr. Zambry mencadangkan Datuk Ganesan untuk dilantik sebagai Speaker baru dan disokong Hamidah Osman, Hee mengumumkan perlantikan speaker baru itu.

Namum Sivakumar enggan meninggalkan dewan dan mengatakan bahwa mesyuarat belumpun dimulakan.

11.10am :

Datuk Ganesan mengangkat sumpah sebagai speaker baru.

Sivakumar mengutuk bahwa speaker baru itu tidak sah.

Wakil-wakil BN berdiri mengelilingi timbalan Speaker, Hee Yit Fong dan menteri besar mereka Zambry.

Mikrofon Speaker kini dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi walaupun telah dimatikan sebelumnya.

Dengan perlindungan kumpulan ADUN BN itu, Hee mengumumkan beliau kini sebagai pemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau V Sivakumar daripada kerusi Speaker.

Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arah tersebut.

11.15am:

Speaker baru BN Datuk Ganesan mengumukan penangguhan Mesyuarat DUN walaupun Raja Muda Perak Raja Nazrin masih belum merasmikannya.

11.25am :

V Sivakumar, speaker Pakatan, memulakan semula persidangan DUN walaupun R Ganesan, speaker BN, menangguhkannya sebentar tadi.

Walaupun tanpa mikrofon, Sivakumar tetap meneruskan arahannya yang awal agar tujuh ADUN BN termasuk menteri besar mereka Zambry dan tiga wakil bebas meninggalkan dewan.

Jika mereka enggan berbuat demikian, beliau enggan memulakan persidangan tersebut.

Kedua-dua pihak bertikam lidah sekali lagi dari tempat duduk masing-masing, tidak seperti tadi.

Wakil-wakil rakyat Pakatan berkumpul di sekeliling menteri besar mereka Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan berbincang dengan mereka tindakan selanjutnya.

Kedua-dua pihak masih bertegang leher tetapi tidak tidak sehangat tadi.

Pakatan Rakyat mencurigai kesahihan mesyuarat BN tadi, menurut mereka perasmian oleh Raja Nazrin pun belum dilaksanakan. Maka adalah tidak sah mesyuarat BN itu tadi.

12.00pm :

Raja Muda Perak Raja NAzrin dijangka akan merasmikan mesyuarat DUN.

Kekecohan di dalam dewan reda, Semua Adun PR & BN sedang menunggu di dalam dewan.

12.37pm Hampir semua ADUN Pakatan Rakyat mengerumuni kawasan tempat duduk ADUN BN bagi meminta R Ganesan - speaker baru lantikan BN yang duduk di situ - meninggalkan dewan.

Kumpulan ADUN BN mempertahankan Ganesan, dan berlaku sekali pertengkaran di dalam dewan yang mulia itu. Berlaku sedikit pergelutan seketika antara ADUN BN dan Pakatan tetapi mereka kemudian menghentikannya.

Ganesan, bekas ADUN Sungkai dan pemimpin MIC Perak, tetap berdegil dan terus duduk di situ.

12.15pm Speaker asal V Sivakumar mengharamkan R Ganesan, speaker baru yang dilantik BN, meninggalkan dewan.

Kemudian beberapa ADUN Pakatan mendekati Ganesan agar berbuat demikian dan mereka bertengkar.


Mengejutkan, wakil-wakil rakyat BN hanya duduk dan memerhatikan gelagat tersebut, sambil membuat bising.

12.37pm Hampir semua ADUN Pakatan Rakyat mengerumuni kawasan tempat duduk ADUN BN bagi meminta R Ganesan - speaker baru lantikan BN yang duduk di situ - meninggalkan dewan.

Kumpulan ADUN BN mempertahankan Ganesan, dan berlaku sekali pertengkaran di dalam dewan yang mulia itu. Berlaku sedikit pergelutan seketika antara ADUN BN dan Pakatan tetapi mereka kemudian menghentikannya.


Ganesan, bekas ADUN Sungkai dan pemimpin MIC Perak, tetap berdegil dan terus duduk di situ.


12.45pm Thomas Su, ADUN Pasir Pinji, mengunjukkan sekeping wang RM50 ke arah timbalan Speaker, Hee Yit Foong, sambil menjerit "pergi mampus" dalam dialek Kantonis.

ADUN Aulong, Yew Tian Hoe pula kemudian membaling dua keping wang kertas RM1 ke arah Hee, yang juga ADUN Jelapang.

Bekas ADUN DAP itu, kini wakil rakyat bebas, mengambil wang itu dan mencarik-carikkannya.


Wakil-wakil rakyat BN merakamkan gelagat dua ADUN DAP itu dengan video telefon mereka, sementara tindakan serupa dibuat oleh ADUN Pakatan.


12.55pm Enggan meninggalkan dewan R Ganesan, speaker baru lantikan BN, mengumumkan penangguhan sidang dewan DUN Perak selama sejam lagi.

Keadaan kembali tenang dengan kedua-dua pihak duduk kembali di tempat masing-masing.


1.10pm Difahamkan Zambry bertemu dengan Raja Nazrin Shah - yang dijadual membuka secara rasmi persidangan DUN Perak pagi ini - di luar dewan.

Tiada maklumat lengkap tentang pertemuan dan tujuannya.


2.30pm

Kekecohan terus berlaku setelah sesi rehat.

Pergaduhan dan tumbuk-menumbuk berlaku antara Adun PR & BN. Ada yang panjat ke atas meja dewan. Polis dikerah untuk mengawal keadaan dalam dewan.


2.40pm

Sepasukan 'polis' dikerah untuk 'memunggah' Sivakumar keluaer dari dewan. Namum dihalang Adun PR.

Sebanyak 13 dari 64 orang yang ditahan dibebaskan.

2.55pm Kumpulan "pegawai" mengelilingi tempat duduk Speaker - kini diambil alih oleh R Ganesan - untuk mengawal keadaan.

3.00pm Demonkrasi berperlembagaan mati !!!

Sejarah hitam dalam sejarah Malaysia....Speaker Dewan Undangan Negeri Perak 'diangkat' dan diheret keluar dari dalam dewan.

Umno-BN menggunakan kekerasan bagi memaksa speaker keluar !!! Malaysia telah memasuki Zaman Kuku Besi !!!


3.05pm Malaysia kini menjadi negara seperti Pakistan, rampasan kuasa secara kekerasan dipakai tanpa mengikut lunas undang-undang.


3.10pm R Ganesan, speaker baru lantikan BN, memulakan persidangan dewan dengan meminta seorang pegawai DUN membacakan doa.

Beliau juga mengarah keluar dua ADUN Pakatan - - tetapi mereka enggan.

Speaker itu kemudian menangguhkan dewan bagi menunggu keberangkatan tiba Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.

3.15pm V Sivakumar dibawa oleh kumpulan polis dari dalam dewan ke satu tempat yang tidak didedahkan. Hanya isteri beliau dibenarkan berjumpa ADUN DAP itu.

Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah masuk ke dewan untuk majlis pembukaan persidangan DUN. Sebelum itu Raja Nazrin telah bertitah dengan YB Nizar dan YB Ngeh Khoo Ham di dalam dewan. Sejurus itu, YB Nizar meminta semua Adun PR kembali ke tempat masing-masing.

Sementara itu, kereta rasmi Speaker Sivakumar kelihatan meninggalkan bangunan SUK tanpa Sivakumar, kelihatan di belakang kereta, seorang wanita yang tidak diketahui identitinya.

3.47pm Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah menamatkan titah ucapan baginda dalam perasmian pembukaan sidang dewan setelah menyampaikan ucapan kira-kira setengah jam tanpa menyentuh issue perebutan kuasa Perak

4pm Pemimpin PKR Tian Chua ditahan polis di belakang bangunan sekretariat kerajaan Perak sewaktu cuba menyambut kehadiran wakil-wakil rakyat Pakatan yang akan keluar dewan selepas perasmian sebentar tadi.

4.05pm Naib Presiden PASMohamad Sabu - yang ditahan semalam di Kuala Lumpur - dibebaskan jam 3.30 petang di Tanjung Malim, Perak.


No comments:

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.