Friday, July 17, 2009

Kematian PA Exco Selangor Penuh dengan Misteri ???

Dunia semalam terkejut lagi dengan 1 lagi kematian misteri rakyat Malaysia ! Teo Beng Hock, Setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah dijumpai mati di bumbung tingkat-5 Bangunan Suruhanjaya Pencegah Rasuah di Shah Alam. Teo dibawa pada 6pm semalam ke pejabat SPRM itu sebagai saksi bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu. Seperti yang didakwa pegawai SPRM, sesi siasatan yang melibatkan Teo berakhir pada 3.45am keesokannya. Namum Teo dikatakan masih kelihatan berada di bangunan itu sekitar 6am. Akhir sekali mayat Teo dijumpai terbaring di tempat kejadian pada 1.30pm. Kematian misteri ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi, antaranya seperti yang terlintas dalam otak saya : 1) kenapa Teo yang bertindak selaku saksi untuk kes 'penyalahgunaan kuasa' itu harus disoal-siasat sehingga 3.45am ??? Apakah kes itu begitu serius ??? Bukankah kes rasuah yang lain yang melibatkan ratusan juta Ringgit perlu diutamakan ??? atau siasatan ini bermotifkan politik dan berlandaskan unsur 'pilih-kasih' kerana ia melibatkan Adun Pakatan Rakyat ??? 2) Sesi soal-siasat terhadap Teo dikatakan berakhir pada 3.45am, kenapa Teo dilihat masih berada di dalam bangunan itu pada jam 6am ??? Padahal beliau mempunyai kenderaan sendiri dan kalau beliau dibenarkan pulang pada 3.45am, takkan beliau tidak pulang dengan segera ??? mungkinkah sofa/kerusi di pejabat SPRM begitu selesa sekali sehinggakan Teo tidak mahu beredar dari situ ??? 3) Sekiranya sesi soal-siasat Teo berakhir pada 3.45am, kenapa Teo masih terus berada di bangunan tersebut ??? Apakah ya tidak masuk akal ??? 4) Plaza Masalam itu tidak dilengkapi dengan CCTV seperti yang dilaporkan ??? 5) Seorang pemuda yang akan mendaftarkan perkahwinannya bersama bakal isterinya pada 17 Jul 2009 akan membunuh diri sehari sebelum pendaftaran itu. Tambahan pula, beliau dilihat begitu ceria dan sihat pada pagi 15 Jul 2009 (sebelum dibawa ke pejabat SPRM). Terlalu banyak misteri-misteri dalam kes kematian Teo dan rakyat Malaysia sedang menunggu laporan bedah-siasat mayat Teo dan isi-kandungan telekomunikasinya sebelum beliau terbunuh yang sudah pastinya akan menimubulkan lagi banyak persoalan !!!!

No comments:

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.