Friday, July 31, 2009

TERKINI : Pilihanraya Kecil Lagi di Pulau Pinang !!!

Manusia yang merancang, TUHAN yang menentukan !!!

Setelah lebih 100 hari mengambil-alih tampuk pimpinan negara, Najib kini berdepan dengan satu lagi PRK !

Sebelum ini Najib berdepan dengan kekalahan tipis di Manek Urai, yang dikatakan "kemenangan semangat" Umno-BN sebenarnya tidak dapat menunjukkan kehebatan Najib. Ini disebabkan lawan sebenar Najib bukannya Tok Guru Nik Aziz atau PAS.
Lawan sebenar Najib yang mana telah menggugat kedudukan Umno-BN sejak akhir ini iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim. Walaupun cuma dielakkan oleh Umno-BN untuk terlibat dalam PRK, namum Tuhan telah menentukan bahawa Najib perlu dan akan berdepan dengan satu lagi kegagalan.



Kini dengan kembalinya ADUN Pakatan Rakyat dari PAS bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman kerahmatullah di IJN KL pagi ini; memperlihatkan satu pertaruhan yang unik. Walaupun DUN ini diwakili calon PAS, namum ia berada di dalam kawasan Parlimen DSAI, Permatang Pauh.

Menurut sumber yang diperolehi berhubung kematian Dato' Hj. Mohd. Hamdan,pengesahan telah diperolehi dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.

Semuga rohnya disemadikan ditempat yang terpuji...Al Fatihah..

No comments:

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.