Tuesday, August 18, 2009

Episod Terbaru Malaysia Negara Polis, MP Gobi Diterajang & Digari

Sekali lagi kita dipertontonkan dengan wayang bagaimana Malaysia terus menjadi Negara Polis pada hari pencalonan, Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pasir semalam.

Ahli Parlimen (MP) Padang Serai YB Gobalakrishnan yang melaungkan slogan semangat Pakatan Rakyat "Reformasi" dihalang dari berbuat begitu dan diterajang oleh berpuluh anggota polis sebelum digari.



Kejadian itu disaksikan beribu orang penyokong Pakatan Rakyat yang sudah pasti boleh menjadi saksi kepada kezaliman "Gengster Berlesen". Mereka menendang dan menolak YB Gobi sehingga beliau jatuh dengan cara "menutup" aksi kezaliman mereka dengan badan berpuluh anggota.

YB Gobi diberitakan (seperti dalam video) telah mengalami kecederaan dan seluar beliau turut terkoyak.

Di kala PM Najib mahu mengurangkan kadar jenayah jalanan yang dilakukan oleh "kumpulan perosak" yang haram, Najib pula membenarkan "jenayah" terang-terangan oleh "kumpulan perosak berlesen" untuk terus melakukan kezaliman !!!

No comments:

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.