Friday, August 14, 2009

Kes Teoh, Pakar Patologi : Tiada Kemudahan Mengesan Cap Jari ????

Pakar Patologi yang juga merupakan Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Dr. Khairul Azman mengaku makmalnya tidak mempunyai kemudahan untuk mengesan cap jari !!!!!

Apakah itu satu perkara yang teramat melucukan dana memalukan ??? Di mana erti Malaysia Boleh ??? Kerajaan Malaysia pemerintahan Umno-BN yang selalu menggelar diri mereka antara perintah negara yang terbaik yang menjadi contoh negera-negara membangun, sekarang diperakui oleh doctor forensik yang berkhidmat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, yang makmal beliau tidak mempunyai kemudahan yang saya anggap adalah kemudahan asas.

Sementara itu, Dr. Khairul Azman juga dibidas kerana tidak mengikut prosedur sedia ada, tidak mengarahkan polis untuk menjalankan ujian pengesanan cap jari !!!

Di sana saya ingin menujukan 1 soalan kepada Perdana Menteri Kerajaan Umno-BN, Dato' Seri Najib Razak, di manakah janji yang beliau lafazkan sewaktu menemui keluarga Teoh Beng Hock. Beliau berjanji kepada keluarga Teoh yang beliau akan memastikan siasatan terhadap kematian Teoh akan dijalankan secara telus dan adil, beliau sendiri akan "follow-up" perkembangan siasatan itu. Namum sekarang kita dimaklumkan perkara biasa yang seharusnya dikesan dan diuji dalam kes kematian (seperti yang kita tonton dalam drama) seperti cap jari tidak dikesan dan diuji !!!

PM Dato' Seri Najib harus dan wajib memberi penerangan yang sewajarnya serta meminta maaf buat pihak keluarga Teoh.

1 comment:

  1. kenapa cepat putuskan hasilnya 'bunuhdiri'...nak 'close-case'??? jangan harap!!! takutke??? wahai bn....

    ReplyDelete

Komen anda dialu-alukan.