Thursday, September 3, 2009

Berbuka Puasa bersama DSAI, semua dijemput.

Ramadhan menjelma lagi dan di bulan mulia ini, Anwar Ibrahim Club (AIC) Malaysia sekali lagi ingin mengambil kesempatan untuk menjemput teman & saudara sekalian ke Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh bersama Dato Seri Anwar Ibrahim.

AIC telah mendapat undangan khas dari YB Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sendiri untuk melangsungkan majlis tersebut di kediaman beliau yang beralamat di BUKIT SEGAMBUT, KUALA LUMPUR (klik di sini untuk melihat peta).

Undangan ini merupakan satu rantaian ukhwah yang terhormat buat kami di AIC kerna bukan sekadar dijemput hadir berbuka puasa lantas dipelawa untuk BERSANTAI BICARA bersama beliau pada Jumaat, 11 September 2009 bermula jam 6.00 petang hingga 7.00 petang.
Atucara adalah seperti berikut :
6.00 pm - Bicara Santai bersama DSAI.
7.16 pm - Berbuka dan solat Maghrib berjemaah.
8.25 pm - Solat Isya' dan Tarawikh
9.45 pm - Tazkirah oleh DSAI
10.15 pm - Suai kenal ahli baru & sesi ramah tamah
11.00 pm - Majlis Bersurai

Buat teman & saudara yang tidak mahu lepaskan peluang berbuka puasa, tarawikh, tazkirah dan SANTAI BICARA bersama pemimpin ulung PAKATAN RAKYAT ini, selembar karpet merah kami dahulukan.



Untuk maklumat lanjut, bolehlah diemailkan kepada marini@anwaribrahimclub.com atau layari terus ke forum kami di www.anwaribrahimclub.com/forum.

Sebarang pertanyaan, hubungi saya di email serta no telefon tertera. Kalian juga dijemput untuk membawa keluarga dan rakan-taulan bersama ke majlis yang julung kali diadakan ini.

Jumpa di sana!

MARINI KAMAL
012 370 5703
marini@anwaribrahimclub.com
www.anwaribrahimclub.com/forum

No comments:

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.