Tuesday, September 29, 2009

Kuota Kaum India ? Bukan dah 1 Malaysia ???

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menyegerakan sasaran pengambilan 7.4 peratus kaum India dalam perkhidmatan awam, kata Naib Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam hari ini.

Subramaniam berkata, di samping itu, lebih banyak peluang pekerjaan akan diwujudkan kepada kaum India di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Perdana menteri juga, tambahnya turut mengarahkan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mempertimbangkan beberapa kursus prauniversiti bagi membolehkan lebih ramai
pelajar, khususnya kaum India, memasuki universiti awam, lapor Bernama.

Subramaniam berkata adalah antara hasil mesyuarat ketiga jawatankuasa kabinet mengenai hal ehwal kaum India yang dipengerusikan Najib semalam.

Dalam mesyuarat tersebut, katanya, najib mengarahkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan berkaitan, supaya menangani segera isu-isu yang membabitkan kaum India.

Dalam mesyuarat itu juga, kata Subramaniam, beberapa itu sosial, ekonomi dan pendidikan membabitkan kaum India yang telah berlanjutan dan tertangguh, kini selesai hasil campur tangan perdana menteri.

"Kami (MIC) membangkitkan beberapa perkara untuk diluluskan dan kebanyakan daripada perkara itu mendapat persetujuan perdana menteri," kata menteri sumber
manusia itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kementeriannya, yang bertindak sebagai sekretariat bagi jawatankuasa kabinet itu, akan segera membuat tindakan susulan dengan jabatan dan agensi berkenaan.

Mengenai pembangunan semula sekolah-sekolah Tamil, Dr Subramaniam berkata Najib telah meluluskan, secara dasarnya beberapa peruntukan tambahan berikutan peningkatan kos yang terbabit dalam kerja-kerja pembangunan semula.

Beliau berkata perdana menteri mengarahkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kerja Raya untuk berbincang dengan Unit Perancang Ekonomi bagi mencari jalan mengatasi kos tambahan sebanyak RM65 juta yang
melebihi peruntukan asal RM100 juta bagi tujuan itu.

Soalan saya : Bukankah dasarnya 1Malaysia yang membawa definisi 1Bangsa 1Negara & tiada perbezaan warna kulit ? Kalau ya, kenapa diagihkan kuota sesama Rakyat Malaysia ??? 

Jawapan : 1sahaja jawapannya, iaitu "Cakap Tak Serupa Bikin". 

No comments:

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.