Friday, April 24, 2009

Convensyen AMK Sungai Petani

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Sungai Petani dengan bangganya akan menganjurkan Convensyen AMK Sungai Petani pada hari Ahad, 24 May 2009.

Objektif convensyen yang julung kali diadakan ini adalah untuk mendekatkan ahli-ahli AMK dengan Pimpinan AMK Sungai Petani.

Berdasarkan statistik terkini yang bertarikh 31 Disember 2008 yang dikeluarkan oleh PKR pusat, Bahagian Sungai Petani mempunyai seramai 474 orang ahli. Namum masih terdapat sebahagian ahli-ahli AMK SP termasuk ahli-ahli jawatankuasa sendiri tidak tersenarai dalam senarai keahlian AMK S.Petani. Oleh itu, pihak pimpinan AMK SP sedang berusaha untuk mengemaskinikan jumlah keahlian AMK S. Petani.

Surat jemputan ke Convensyen AMK Sungai Petani akan dihantar melalui pos pada awal May sebagai tanda penghargaan kepada sokongan semua ahli AMK S.Petani. Kad keahlian akan diedarkan secara rasminya kepada ahli-ahli yang hadir pada convensyen. Oleh itu, ahli-ahli AMK yang ingin hadir boleh menghubungi Setiausaha AMK Sungai Petani, saudara Zahari (+6017-4959002) atau mana-mana AJK yang anda kenali.

Sementara itu, bersempena dengan convensyen ini, ceramah Kempen Tambah Keahlian AMK Sungai Petani akan turut diadakan pada malam 24 May 2009.

Kehadiran ahli-ahli AMK Sungai Petani amat dialu-alukan !!!

3 comments:

  1. dah masuk hari kempen penanti la.adjust tarikh lain.muka MP SG PETANI tak da ke

    ReplyDelete
  2. nak kepak pun biar berlapir le hhehehe

    ReplyDelete
  3. Hi, terima kasih kerana comment....

    Kepada Anonymous,
    Buat masa ni Convensyen AMK SP tetap akan berlangsung seperti yang dijadualkan, pada pendapat saya program2 di bahagian harus diteruskan walaupun adanya pilihan raya kecil. Aktiviti memperkasakan AMK bahagian tidak boleh dilambat-lambatkan, kerana ia sungguh mustahak bagi memperkukuhkan AMK Bahagian maupun Pusat.

    Kepada rajuna tapa,
    Objektif saya menceburi politik bukan hendakkan kuasa, jadi saya tak perlu nak berlapir.
    Harapan saya agar objektif perjuangan PKR akan tetap sama iaitu menegaskan keadilan serta 'menghidupkan' demokrasi !!!

    Salam Reformasi !!!

    ReplyDelete

Komen anda dialu-alukan.