Tuesday, May 19, 2009

Sungguh BN Tak Bertanding di Penanti ???

Semalam Umno-BN mengumumkan untuk tidak bertanding di PRK Penanti pada 31 Mei ini.

Alasan yang diberi :
1) Tidak mahu menyertai permainan politik PKR
2) PRK ini tidal memenuhi kehendak perlembagaan kerana ia sengaja diadakan oleh bagi menyelesaikan masalah dalaman PKR
3) Hendak menumpukan perhatian kepada ekonomi negara
4) PRK sedemikian merugikan rakyat kerana perbelanjaan terpaksa dilakukan.

Jawapan saya kepada Umno-BN :
1) & 2) Ini bukan permainan politik. Kerajaan Pakatan Rakyat yang sentiasa mengutamakan Ketuanan Rakyat menggugurkan Ahmad Fairuz atas sebab prestasi beliau yang tidak memuaskan, baik di peringkat DUN mahupun di peringkat kerajaan negeri. Banyak rungutan dan aduan telah diterima sepanjang setahun yang lepas terhadapnya yang dikatakan 'under-perform'. Pakatan Rakyat mengambil langkah pencegahan iaitu meminta Ahmad Fairuz meletakkan ke-semua jawatannya agar tidak merugikan rakyat Pulau Pinang pada masa depan. Berbanding dengan cara Umno-BN, apakah ke-semua Adun-Adun serta MP Umno-BN berprestasi cemerlang ? Pastinya tidak, mesti ada segolongan daripada mereka yang berprestasi buruk. Namum Umno-BN tidak mengambil tindakan langsung selama 52 pemerintahannya. Ini bagai perpatah Orang Cina 'Kuan-Kuan-Xiang-Hu' yang bermaksud menteri-menteri yang sekongkol & 'cover' sesama mereka walaupun ada yang tidak menjalankan tugasnya dengan baik.

3) Sekiranya PRK Penanti akan menjejaskan tumpuan Umno-BN dalam menyelesaikan masalah ekonomi, maka ia menunjukkan kredibiliti kerajaan Umno-BN adalah rendah. Ini adalah kerana sebuah kerajaan yang mempunyai berpuluh mentri dengan beribu kakitangannya, tidak pada menguruskan satu PRK yang tempoh kempennya hanya 7 hari.

4) Angka perbelanjaan yang dikeluarkan pada 5 PRK sebelumnya memperlihatkan berjuta-juta dibelanjakan oleh PDRM sementara SPR hanya membelanjakan berpuluh hingga beratus ribu. Jelas sekali bahawa yang membazirkan wang rakyat adalah Umno-BN, merekalah yang kerahkan beribu-ribu polis untuk setiap PRK. Kem, kelengkapan dan peralatan di bilik sementara & pondok polis pula dikatakan 'terlalu mewah dan mahal'.

Oleh itu Siapa yang membazir wang rakyat.

Sementara itu, benarkah Umno-BN tidak akan bertanding di PRK Penanti ? Secara terang-terangan Umno-BN tidak bertanding, tetapi secara gelap-gelapnya ia bertanding dengan menurunkan calon-calon bebas seperti mana yang berlaku di PRK Bukit Selambau.

No comments:

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.