Wednesday, May 6, 2009

Terkini - Tangkapan Besar-besaran dilakukan !!!

Terkini !!!

Polis & Kerajaan Umno-BN malam ini melakukan tangkapan secara besar-besaran di Kuala Lumpur !

Seramai 14 orang aktivis & pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat diberkas sewaktu mengadakan perhimpunan bagi membela nasib aktivis Bersih Wong Chin Huat. Antara yang ditahan :

Temme Lee, 23, koordinator Suaram
John Liu, 26, koordinator Suaram
Liau Kok Fah, 47, jawatankuasa hak sivil
Chan Kim Ming, 34, jawatankuasa hak sivil
Law Teck Hao, 29, editor akhbar
Lee King Thim, 41
Liew Thin Choi, 47
Melissa Wong Yuet Fun, 25

Mereka ditahan sejurus selepas diberikan amaran agar bersurai oleh pegawai polis Brickfields.

Penahanan itu tidak mematahkan semangat penyokong Wong untuk terus berhimpun di tempat yang sama. Menjelang 10 malam, kira-kira 30 orang berkumpul dan memulakan semula protes nyalaan lilin.

Lebih kurang jam 10.10 malam, polis menahan empat orang lagi, termasuk ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan penulis kolum Josh Hong di situ.

Dua wanita yang turut ditahan itu belum dapat dikenal pasti.

Sepuluh minit kemudian, dua lagi ditahan polis di dalam sebuah kereta - termasuk bekas wartawan Lim Hong Siang.

Usaha peguam RH Dipendra untuk menemui kumpulan lapan orang yang ditahan lebih awal tidak dibenarkan oleh polis.

Bersama sekumpulan pemimpin pembangkang dan NGO yang bergabung dalam Bersih, Wong melancarkan kempen berpakaian hitam esok - membantah persidangan DUN Perak - dengan slogan "1Malaysia Gelita, Demokrasi Didahulukan, Adakan Pilihanraya Sekarang"

Mereka meniru slogan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membawa wawasan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan."

No comments:

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.