Monday, May 11, 2009

Mahkamah : Nizar MB yang Sah - Konspirasi Umno-BN ???

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak.

Sememangnya keputusan ini menepati ramalan saya.

Setelah episod "DUN Hitam" pada 07 Mei, yang menyaksikan penukaran Speaker DUN Perak secara biadat, haram, tudak bertamadun serta tidak mengikut lunas Perlembagaan Tubuh Kerajaan Perak; Saya telah mengatakan bahwa ianya merupakan konspirasi Umno-BN !
Speaker yang sah Sivakumar diheret keluar dari dewan dan digantikan dengan "speaker pilihan" Umno-BN merupakan episod pertama Umno-BN.

Seterusnya diikuti episod ke-dua iaitu keputusan mahkamah tinggi hari ini, yang menyaksikan satu keputusan yang "adil" dengan mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak.

Episod ke-tiga akan memperlihatkan rayuan dibuat oleh Dr. Zambry Abdul Kadir ke atas keputusan mahkamah itu. Dr. Zambry akan menyatakan "Seperti amalan kita dulu yang sentiasa akur pada undang-undang, kita menghormati keputusan yang dibuat mahkamah. KIta akan mengosongkan kesemua jawatan MB dan Exco dan kita akan buat rayuan"

Episod ke-empat (1), mahkamah akan menolak rayuan yang dibuat Umno-BN sebelum sidang DUN diadakan.

Episod ke-empat (2), sidang DUN akan diadakan sebelum keputusan rayuan dibuat. Sidang DUN akan dipengerusikan oleh 'Speaker Haram" R.Ganesan, Dr. Zambry yang waktu itu Adun biasa akan membawa usul tidak percaya terhadap MB sah Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin. Dari sinilah kita akan nampak objektif UMno-BN untuk mengadakan Sidang DUN 07 Mei. "Speaker Haram" R. Ganesan akan menerima usul Dr. Zambry dan akan membenarkan undi tidak percaya terhadap MB Nizar yang memperlihatkan 31(BN) lawan 28(PR) majoriti memihak kepada Umno-BN bagi menjatuhkan MB Nizar secara sah agar rakyat akur dengan cara mereka yang "mengikut Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Perak" menjatuhkan MB Nizar.

Dengan begitu, Umno-BN akan dapat memerintah negeri Perak secara "sah" !!!

No comments:

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.