Di kala dunia menyambut kehadiran tahun baru 2009 yang penuh dengan cabaran bagi memulihkan keadaan ekonomi yang gawat, rakyat Palestin tidak dapat meraihkan sambutan tahun baru malah menderita dan nyawanya terancam berikutan serangan fizikal yang tidak berperikemanusiaan oleh Israel.
Demonstrasi demi demonstrasi telah dilancarkan di seluruh dunia, khususnya para muslim.
Di Sungai Petani, 1 demonstrasi telah diadakan pada Jumaat, 02 January 209. Demonstrasi anjuran Pakatan Rakyat Kedah ini berarak dari Masjid Muzaffar Shah sehingga ke dataran MPSP di jam besar.
Beratus umat Islam menyertai demonstrasi membantah kekerasan Israel itu setelah solat Jumaat, kelihatan juga para pemimpin Pakatan Rakyat. Namum jumlah bukan Islam yang turut serta tidak kelihatan. Selain daripada pemimpin-pemimpin PKR yang berketurunan Cina & India, rakyat biasa yang bukan Islam seolah-olah tidak peka dan tidak menyokong bantahan terhadap pembunuhan yang tidak bertamadun itu.
Tujuan saya mengadirkan diri adalah untuk menyatakan pendirian saya yang membantah segala perang fizikal, tidak kira ianya terjadi di mana. Manusia pada zamn moden yang bertamadun ini, tidak sepatutnya wujud pembunuhan yang zalim.
Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan saya unuk melihat lebih ramai keluar untuk menyatakan bantahan terhadap peperangan fizikal yang telah mengorbankan banak nyawa khususnya wanita dan kanak-kanak. Kita harus mengetepikan perbezaan agama, bangsa, budaya dan etnik. Kita harus menyatakan kebencian kita terhadap kekejaman Israel dan menuntut agar dihentikan dengan serta-merta serangan ke atas Palestin.
Saturday, January 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komen anda dialu-alukan.