Wednesday, February 18, 2009

Potong gaji exco Kedah untuk tabung rakyat susah

Gaji semua anggota exco kerajaan negeri Kedah akan dipotong 5 peratus untuk disumbangkan kepada Tabung Tunku Mahmud, sebuah tabung kebajikan yang diuruskan oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata potongan gaji itu akan dibuat mulai bulan ini sebagai usaha kerajaan membantu penduduk negeri itu yang susah, lapor Bernama.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Sungai Petani hari ini, beliau berkata langkah itu adalah sebagai membuktikan keprihatinan kerajaan negeri kepada rakyat ekoran kegawatan ekonomi yang sedang melanda negara.

Beliau berkata pejabat Pegawai Kewangan Negeri akan mengeluarkan surat tawaran kepada kakitangan kerajaan di Kedah sama ada ingin turut menyumbang kepada tabung itu menerusi potongan gaji.

No comments:

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.