Ampuan Tuanku,
Selama ini Tuankulah yang merupakan raja/sultan yang paling patik hormati dan sanjungi di antara sultan/raja-raja Melayu. Tuanku merupakan raja yang berjiwa rakyat dan dikasihi jutaan rakyat Tuanku khususnya di negeri Tuanku, Perak darul Ridzuan.
Walaupun patik merupakan anak Malaysia yang berbangsa Cina, namum patik menganggap Tuanku sebagai Raja Cina yang teramat mulia !
Titah Tuanku tidak membenarkan pembubaran DUN Perak lalu menitahkan MB Mohd Nizar Jamaluddin serta barisan exconya melepaskan semua jawatan dan meninggalkan kediaman rasminya amat menyakitkan hati patik dan jutaan rakyat Tuanku.
Rakyat Tuanku amat sedih dan pilu akan titah Tuanku kerana jelas sekali kemahuan rakyat Tuanku adalah untuk membubarkan DUN bagi membolehkan rakyat Tuanku memilih sendiri pemimpin-pemimpin yang rakyat Tuanku inginkan.
Patik tidak memohom agar Tuanku memihak kepada mana-mana pihak yang bermotifkan politic serta agenda masing-masing, tetapi patik memohom agar Tuanku dapat memahami isihati rakyat Tuanku yang dengan rendah diri memohom agar rakyat Tuanku memiliki hak yang teramat kecil itu, iaitu memilih sendiri pemimpin yang mampu membela nasib rakyat Tuanku serta nasib dan masa depan anak-anak dan cuci cicit rakyat Tuanku.
Rakyat-rakyat Tuanku sebenarnya telah insaf bahawa kepercayaan yang diberikan selama 50 tahun kepada pemimpin-pemimpin yang menghancurkan nasib rakyat Tuanku, rakyat Tuanku sebenarnya amat susah dan hidup di dalam kedaifan. Segala limpah kurnia Tuhan telah disalahgunakan oleh mereka yang tidak berhati jiwa, merasuah sesama mereka dan membiarkan rakyat Tuanku menderita ! Oleh itu rakyat Tuanku telah memutuskan untuk tidak lagi menggadaikan nasib serta masa depan rakyat Tuanku serta anak-anak dan cucu cicitnya. Kemahuan rakyat Tuanku jelas dinyatakan melalui PRU ke-12.
Oleh itu, pertimbangan semula Tuanku yang berjiwa rakyat bagi menitah agar rakyat Tuanku dapat memilih sendiri pemimpin mereka teramat diharapkan !!!
Friday, February 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komen anda dialu-alukan.