Rampasan kuasa Umno-BN yang diumumkan oleh Najib tidak berlandaskan perlembagaan dan bercanggah dengan undang-undang !!!
Sepatutnya kalau 3 Adun bebas yang keluar dari PKR & DAP ingin menyokong BN untuk membentuk kerajaan negeri, ia harus mengadakan sidang tergempar DUN untuk membolehkan Adun-Adun menyatakan Undi-Tidak-Percaya terhadap MB Perak seperti mana yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat sewaktu 16 September.
Sekiranya undi tidak percaya terhadap MB itu dinyatakan oleh majoriti Adun, maka MB Perak harus meletakkan jawatan dan mendapatkan perkenan sultan bagi membubarkan DUN supaya pilihanraya negeri boleh diadakan.
Namum Umno-BN memilih untuk terus merampas kuasa dengan "memaksa" 3 Adun itu bagi menyatakan sokongan terhadap Umno-BN untuk membentuk kerajaan !
Tindakan yang dirancang Najib itu sudah bercanggah dengan Perlembagaan negeri dan tisak sah !!!
Seharusnya pembentukan kerajaan baru yang kononnya diminta oleh Adun itu dikembalikan kepada Rakyat Perak yang mempunyai hak mutlak ke atas siapa yang mereka mahu diwakilkan bagi menguruskan negeri Perak !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komen anda dialu-alukan.