Seorang exco kerajaan Kedah daripada PKR pula sedang dipancing untuk melompat kepada BN, termasuk melalui ugutan bersifat jenayah terhadapnya dan pegawai-pegawainya.
Arumugam Vengatarakoo, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, mendakwa usaha menariknya meninggalkan PKR bermula sejak kemenangannya tahun lepas.
"Satu laporan polis telah dibuat hari ini merangkumi semua kes-kes ugutan jenayah terhadap saya selaku Adun dan ahli exco kerajaan, dan juga terhadap keselamatan keluarga saya sejak dari 8 Mac, 2008," katanya."Ia juga melibatkan semua ugutan terhadap pegawai-pegawai dan bekas-bekas pegawai saya.
"Kesemua ini adalah bertujuan bagi mengugut saya untuk bersetuju berpindah parti dari PKR kepada Barisan Nasional."Menang atas tiket bebas, Arumugam kemudiannya menyertai PKR sebelum dilantik pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.
Difahamkan beliau kini sedang memberikan keterangan kepada polis selepas membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Sungai Petani, Kedah jam 12.30.
Dalam satu kenyataannya yang diedarkan oleh PKR, insiden-insiden yang didakwa ugutan jenayah terhadapnya termasuklah:
- cubaan menculik saya pada 17 Oktober tahun lepas, mengugut saya melalui pegawai saya dengan membuat beberapa panggilan telefon, antaranya pada 31 Mac tahun lalu
- memecahkan cermin kereta rasmi exco kerajaan negeri dengan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul batu pada 17 Disember lalu
- menghantar beberapa beberapa individu untuk memujuk saya keluar dari PKR, yang terbaru sekali beberapa hari yang lalu, dengan beberapa tawaran lumayan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komen anda dialu-alukan.